Vettel Terus Kukuhkan Kedudukan

Diterbitkan: Isnin, 12 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMANDU pasukan Red Bull Racing, Sebastian Vettel (gambar) terus mengukuhkan kedudukan pada kempen Formula Satu (F1) musim ini selepas meraih kemenangan di Grand Prix Itali yang berlangsung awal pagi Isnin.

Kemenangan Vettel sekaligus memberinya peluang cerah untuk mempertahankan kejuaraan yang diraihnya musim lalu serta menjarakkan kedudukan dengan pencabar terdekat seperti Lewis Hamilton dan Fernando Alonso.

Vettel yang menguasai perlumbaan sejak peringkat awal mempamerkan corak pemanduan yang menyakinkan dan pantas sehingga menyukarkan pemandu lain mengejarnya.

Tempat kedua menjadi milik pemandu Ferrari, Fernando Alonso dan diikuti pasangan McLaren Jenson Button dan Lewis Hamilton.

Vettel kini berjaya mengutip 284 mata keseluruhan dengan berbeza 112 mata kepada pencabar terdekat, Alonso, manakala Button meraih 167 mata.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan