Tiga Pelumba "Wild-Card" Jadi Tarikan Saingan MotoGP Malaysia 2011

Diterbitkan: Jumaat, 2 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur perlumbaan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) akan mengumumkan tidak lama lagi tiga calon pelumba tempatan yang akan beraksi di Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) di bawah tiket 'wild-card'.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata dua pelumba "wild-card" itu adalah bagi kategori 125cc dan 250cc.

"Kita telah mengenal pasti dua calon dari pelumba Cub Prix (Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas) yang dilihat menyerlah setakat ini dan keputusan pemilihan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat nanti," katanya kepada Bernama.

Di bawah peraturan 'wild card' Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), setiap negara tuan rumah perlumbaan MotoGP dibenarkan untuk mencalonkan tiga penyertaan "wild card" untuk kelas 125cc dan 250cc.

Menurut Razlan, dua nama pelumba yang telah dikenal pasti ialah Mohd Farid Ahmad dan Mohd Syafiq Abdul Samad yang akan berlumba di bawah pasukan Air Asia-SIC-Ajo.

Pada edisi MotoGP 2010, slot wild card kategori Moto2 diisi oleh Mohamad Zamri Baba, yang mewakili pasukan Petronas SIC TWMR Malaysia.

Litar Sepang menjadi perlumbaan kedua terakhir daripada 17 litar perlumbaan dalam kalendar MotoGP pada 21 hingga 23 Okt ini sebelum menutup tirainya di Litar Valencia, Sepanyol pada 4 hingga 6 November nanti.

Kejohanan MotoGP Dunia terbahagi kepada tiga kategori iaitu 125cc, Moto2 dan kelas MotoGP. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan