Persiapan jaguh litar sambut lebaran

Diterbitkan: Selasa, 30 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beberapa pelumba tempatan teruja untuk menyambut lebaran tahun ini.
Beberapa pelumba tempatan teruja untuk menyambut lebaran tahun ini.

TINGGAL dua hari menjelang Hari Raya Aidilfitri, jaguh-jaguh motosikal tanah air begitu sudah bersedia menyambut hari bahagia itu dan turut teruja untuk berkumpul bersama keluarga serta sanak saudara tersayang.

Pun begitu, suasana bahagia ini tidak mampu dikecapi oleh pelumba MotoGP 125cc negara. Muhammad Zulfahmi Khairuddin yang terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta kerana kini sedang sibuk menjalani latihan bagi perlumbaan ke-10 di Grand Prix Amerika Syarikat.

Dengan keputusan cemerlang pada Grand Prix Republik Czech di Litar Brno Republic Czech baru-baru ini, Fahmi sedar saingannya makin sengit namun dia yakin mampu beraksi lebih cemerlang pada perlumbaan seterusnya.

“Tahun ini terpaksa beraya tanpa keluarga. Walaupun agak sedih tetapi saya sedar semua ini adalah tanggungjawab saya. Bagaimana pun saya gembira kerana sempat berjumpa dengan ahli keluarga, sanak saudara dan kawan-kawan sebelum hari raya ini,” katanya pada majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baru-baru ini.

Pelumba tunggal negara ini berjaya mencatat rekod terbaik dalam acara 125cc pada saingan kesembilan di Brno sekali gus mengutip tujuh mata untuk menduduki tangga ke-16 keseluruhan setakat ini dengan jumlah 20 mata.

Pencapaian itu mendekatkan pelumba berusia 19 tahun itu untuk mencapai sasaran tempat ke-15 keseluruhan musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmaf Razali menganggap ia satu berita gembira untuk semua peminat sukan permotoran di Malaysia Malaysia.

“Keputusan di Litar Brno itu merupakan hadiah istimewa Hari Raya Aidilfitri untuk rakyat Malaysia. Ini merupakan pencapaian terbaik Zulfahmi setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi jaguh motosikal tempatan, Abdul Muhaimin Roslan dari pasukan Yamaha Maju Motor Racing berkata, Aidilfitri tahun ini amat bermakna buatnya kerana segala persiapan raya berjalan lancar, dan rezekinya juga agak murah.

“Saya berjaya tempuhi semua dugaan pada bulan puasa, malah lebih gembira tahun ini rezeki agak murah daripada tahun-tahun sebelum ini. Saya turut bekerja dan mampu memberi duit raya kepada adik-adik saya.

“Saya akan beraya bersama keluarga di Pelabuhan Klang,” katanya kepada Mingguan mStar.

Muhaimin berkata, walaupun teruja untuk menyambut hari Hari Raya ini, dia tetap memberi perhatian pada perlumbaan Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kluang, Johor September ini.

“Selepas raya saya akan kembali memberi perhatian kepada perlumbaan di Kluang dan berharap saya mampu melakukan yang terbaik.

“Aksi sebelum ini tidak memuaskan kerana menghadapi pelbagai masalah dan turut cedera, namun segalanya beransur baik. Selepas beberapa pusingan, saya akui saingannya amat sengit, tetapi saya tetap yakin mampu membaiki kedudukan saya,” katanya yang beraksi dalam kategori CP130.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan