Vettel Raih Juara Di Valencia

Diterbitkan: Isnin, 27 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Vettel mengungguli perlumbaan pusingan kelapan Formula Satu di Valencia awal pagi Isnin.
Vettel mengungguli perlumbaan pusingan kelapan Formula Satu di Valencia awal pagi Isnin.

PELUMBA Formula Satu, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull menjuarai pusingan kelapan Grand Prix Eropah di Valencia, Sepanyol pada Ahad sekali gus merekodkan kejayaan keenam daripada lapan siri perlumbaan setakat ini.

Vettel menamatkan perlumbaan 10.8 saat di depan pelumba Ferrari, Fernando Alonso yang turut menyaksikan dia mendominasikan perlumbaan hingga ke pusingan terakhir.

“Inilah pencapaian terbaik setakat ini,” katanya.

Sementara itu, pelumba kelahiran Jerman ini kini mengungguli 77 mata di depan pelumba McLaren, Jenson Button, manakala rakan sepasukannya, Mark Webber berada di tangga ketiga.

Kemenangan kali ke-16 sepanjang karier ini menjadikan rekodnya setaraf dengan pelumba lagenda dari Britain, Stirling Moss. Dengan kelebihan ini juga dia mampu membawa pasukannya berada dalam kedudukan selesa tanpa perlu bersaing gigih memungut mata lagi.

“Mungkin pada pandangan luar saya tidak perlu lagi berusaha keras. Saya tidak tahu apa yang terjadi lagi pada perlumbaan grand prix ini, ia kadang kala kelihatan seperti membosankan tetapi saya tetap seronok.

“Dengan sebab lain, saya gembira dengan litar ini walaupun setiap tahun ada yang mengatakan litar ini agak sukar untuk memberi aksi seratus peratus, tetapi kami telah membuktikan sepenuhnya tanpa sebarang kelemahan,” jelasnya yang turut meraih podium utama di Valencia tahun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan