Trek Go-Kart SIC Bakal Jadi Hab Aktiviti Permotoran - Mokhzani

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Trek go-kart di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang baru diubah suai, dijangka menjadi hab aktiviti permotoran bukan hanya untuk peminat sukan malah untuk seisi keluarga.

Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir berkata Litar Go-Kart SIC menawarkan harga berpatutan dan tempat yang selamat untuk golongan muda serta mereka yang baru menceburi sukan tersebut.

"Trek itu mengalami beberapa pengubahsuaian baru-baru ini seperti meletakkan penghadang tayar baru yang lengkap, menerap semula permukaan trek dan memasang sistem saliran lebih baik.

"Go-kart yang disediakan City Karting Events Sdn Bdn (CKE) juga adalah baru, dan antaranya mempunyai dua tempat duduk bagi memudahkan ibu bapa membawa anak kecil mereka," katanya pada majlis perasmian litar itu yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shabery, Mokhzani dan tetamu termasuk media, kemudian diberi peluang memandu Go-kart di trek berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Shabery dalam ucapannya berkata kementerian menyokong penuh usaha SIC mempromosi Go-kart sebagai kaedah memperkenalkan sukan permotoran ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata sukan itu merupakan batu loncatan bagi membentuk pemandu seperti juara Formula 1 Fernando Alonso, Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel, yang memulakan karier mereka menerusi Go-kart.

"Itulah yang kementerian ingin contohi di Malaysia, dan kami mahu melihat lebih ramai pemandu muncul daripada sukan Go-kart ini," katanya.

Trek sepanjang 1.247 kilometer dengan kelebaran 10 meter itu dihasilkan pereka trek Formula 1 terkenal iaitu Hermann Tilke dan dibina pada 1999.

Untuk keterangan lanjut mengenai pakej dan kadar yang ditawarkan SIC, sila hubungi talian 03-55121469 dan 012-7108027 atau layari laman web www.sepangcircuit.com. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan