Klinik Perlumbaan Cub Prix Dibuka Kepada Orang Ramai

Diterbitkan: Sabtu, 18 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPENA Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Teluk Intan minggu ini, Pejabat Belia dan Sukan Daerah bersama-sama Promoter Kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) mengambil inisiatif menganjurkan Klinik Perlumbaan Cub Prix kepada orang ramai.

Klinik Perlumbaan Cub Prix ini diadakan secara percuma bertempat di Dewan Bandaran Teluk Intan, Jalan Speedy bermula jam 4.30 hingga 6.00 petang pada 25 Jun (Sabtu) ini.

Objektif utama penganjuran Klinik Perlumbaan ini adalah untuk mendidik orang ramai khususnya remaja mengenai sukan pemotoran dan bagaimana mereka dapat menyalurkan minat terhadap perlumbaan dengan cara yang betul serta memberi manfaat terhadap diri sendiri dan juga sukan pemotoran tanah air.

Cub Prix merupakan landasan terbaik buat muka baru untuk mencungkil bakat dan meneroka potensi yang ada pada mereka.

Klinik Perlumbaan Cub Prix ini akan dikendalikan oleh bekas pelumba MotoGP, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini yang juga pengurus pasukan Pachie Yuzy Honda Racing.

Program selama satu jam setengah ini meliputi topik pengenalan kepada dunia sukan lumba motor, panduan mendapatkan lesen perlumbaan, keperluan asas dan peralatan perlumbaan, peraturan dan undang-undang, teknik perlumbaan serta etika seorang pelumba profesional.

Pengarah Promosi SAM, Ron Hogg menggalakkan orang ramai khususnya remaja agar mengambil kesempatan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sukan lumba motor.

"Ia terbuka kepada semua dan dianjurkan secara percuma. Kepada remaja-remaja di Perak yang berminat dan juga ibu bapa mereka dijemput untuk menyertai program ini.

"Ini suatu peluang yang tidak boleh dilepaskan kerana mereka dapat bersemuka dengan Shahrol Yuzy. Sebarang soalan mengenai perlumbaan boleh diajukan dan akan mendapat jawapannya daripada seorang pelumba yang berpengalaman,” katanya.

Menurut Ron, ini merupakan kali kedua pihaknya menjalankan program seperti ini dan pada tahun lepas sambutan yang diterima begitu menggalakkan dengan 100 orang yang menyertainya.

Sebanyak 150 penyertaan awal akan diterima untuk menyertai Klinik Perlumbaan Cub Prix.

Pendaftaran sudah mula dibuka dan kepada yang berminat boleh hubungi Cik Nor Hazalina atau Aziz Ahmad Razi di talian 05-622 1831.

Maklumat lanjut, sila hubungi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) di talian 03-8733 8787 atau lawati laman web rasmi Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, www.malaysiancubprix.com.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan