Button Kuasai GP Kanada

Diterbitkan: Isnin, 13 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Button berjaya menjulang trofi Pusingan 7 GP Kanada yang berlangsung awal pagi Isnin.
Button berjaya menjulang trofi Pusingan 7 GP Kanada yang berlangsung awal pagi Isnin.

PELUMBA McLaren, Jenson Button muncul sebagai pemenang Pusingan 7 Grand Prix Kanada yang berlangsung di Litar Montreal, awal pagi Isnin.

Bagaimana pun kejayaan Button ini menimbulkan sensasi selepas dikatakan melakukan kesalahan pada pusingan akhir pelumbaan bersaing dengan Sebastian Vettel (Red Bull) apabila melakukan pecutan di sebelah kereta pasukan keselamatan.

Button menamatkan 70 pusingan dihadapan pelumba lain biarpun rakan sepasukan, Lewis Hamilton mengalami kemalangan bersama seorang lagi pelumba, Fernando Alonso (Ferrari).

“Saya tidak tahu apa yang ingin dikatakan. Ia sesuatu yang terlalu emosi selepas tiga jam perlumbaan. Ada juga berlaku kemalangan yang meilbatkan Lewis namun saya tidak nampak apa yang berlaku kerana dia seiringan dengan saya. Saya minta maaf kepadanya.

“Saya telah memecut laju di sebelah pasukan keselamatan. Pada pusingan akhir saya telah menewaskan Seb (Vettel) dan menamatkan saingan. Ia satu perlumbaan yang tetap menarik jika saya tidak menjuarai pusingan ini. Malah, ia juga dianggap kejayaan terbaik sepanjang musim ini,” katanya.

Bagaimanapun kejayaan Button ini masih disiasat berikutan kemalangan yang berlaku.

“Saya tidak kisah dengan apa yang akan timbul kerana yakin tidak melakukan sebarang kesalahan. Dalam masa sama saya mengucapkan terima kasih kepada strategi pasukan,” katanya.

Dengan kejayaan ini, Button kini berada di tangga kedua dengan 60 mata di belakang Vettel.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan