Shahril Mahu Pertahan Kedudukan Pendahulu

Diterbitkan: Selasa, 7 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA kategori Underbone 115cc negara, Shahril Izzuwan Mohd Noor tekad untuk mempertahankan kedudukan pendahulu menjelang pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) PETRONAS yang akan berlangsung di Litar Sentul, Jakarta pada 10 hingga 12 Jun ini.

Permulaan baik dengan kejayaan dua kali menaiki podium pada pusingan pembukaan di Litar Sepang April lepas meletakkan Shahril di barisan depan senarai keseluruhan dengan 40 mata diikuti pelumba wildcard Malaysia, Mohd Rozaliman Zakaria (ZAR Racing Motorsport) di kedudukan kedua dengan 36 mata manakala juara bertahan, Hadi Wijaya (Kawasaki NHK Rextor Manual Tech) di kedudukan ketiga dengan 26 mata.

Namun pelumba PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM itu tidak mahu terlalu yakin dan hanya meletakkan sasaran untuk mendapatkan mata.

“Kali ini saya tidak terlalu mengharapkan kemenangan. Apa yang menjadi keutamaan adalah dapat menamatkan kedua-dua perlumbaan dan berjaya mengutip mata memandangkan bukan satu tugas yang mudah berhadapan dengan pelumba Indonesia di halaman mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Katanya, pusingan di Indonesia ini akan disertai ramai pelumba-pelumba wildcard tempatan yang handal dalam kategori Underbone 115cc ini, sekali gus peluang kami untuk menewaskan mereka di Litar Sentul agak tipis.

“Sasaran saya adalah untuk terus kekal sebagai pendahulu keseluruhan dan jika mampu, saya mahu menamatkan perlumbaan di tempat tiga teratas namun sudah memadai jika dapat berada di kalangan lima pelumba terbaik,” katanya yang gagal memungut sebarang mata pada pusingan di Indonesia tahun lepas.

Sementara itu, Shahril berkata, walaupun bakal mengadapi cabaran yang sengit, dia tetap berfikiran positif di mana masih banyak peluang baginya untuk muncul juara pada pusingan akan datang.

“Tidak mengapa jika saya tidak menang kali ini kerana Kejuaraan masih di peringkat awal dan berbaki empat pusingan lagi dengan lapan perlumbaan yang masih ada. Sekarang ini saya berada di kedudukan yang baik apabila sedang mendahului kedudukan keseluruhan.

"Oleh itu, selagi saya dapat mengutip mata secara konsisten, peluang untuk memenangi Kejuaraan musim ini masih ada. Tambahan pula, peluang pada perlumbaan akan datang sama rata kerana berlangsung di litar yang asing kepada semua pelumba,” katanya.

Bagi peminat-peminat di Malaysia, siaran langsung bagi Pusingan 2 disiarkan di Astro SuperSports 3 (817) pada hari Ahad (Jun 12) jam 3.30 hingga 5.30 petang. Maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi Kejuaraan, www.arrc.com.my ataupun menyertai laman Facebook di www.facebook.com/AsiaRoadRacing.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan