Jazeman Raih Kedudukan Podium

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara Jazeman Jaafar berjaya meraih kedudukan podium dalam perlumbaan pusingan kedua Siri Antarabangsa Formula 3 Cooper Tires British 2011 di Litar Oulton Park, Cheshire, United Kingdom.

Beliau berjaya mendapat tempat ketiga pada perlumbaan pertama, tempat keempat pada perlumbaan kedua dan tempat keenam pada perlumbaan akhir, sekaligus meletakkan pelumba itu pada tempat ketiga keseluruhan.

"Walapun litar Oulton Park merupakan litar yang baik ubntuk berlumba tetapi tidak mempunyai banyak peluang untuk memintas, jadi saya tidak dapat berkejar dari permulaan.

"Bagaimanapun, saya bangga dengan kedudukan tempat kedua keseluruhan selepas dua pusingan memandangkan musim perlumbaan 10 pusingan itu masih di peringkat awal," kata pelumba berusia 19 tahun dalam kenyataan, Selasa.

Jazeman memulakan kempen F3 Britain musim 2011 di Litar Monza, Itali, pada 16 dan 17 April lalu dengan meraih dua kedudukan podium iaitu tempat kedua pada perlumbaan pertama, kelima dalam perlumbaan kedua dan menamatkan perlumbaan pusingan akhir di tempat ketiga.

Pusingan ketiga siri F3 Britain itu akan berlangsung di Litar Snetterton, Norfolk,United Kingdom pada 24 dan 25 Mei ini.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan