Pasukan Petronas Tonjol Pelumba Baru

Diterbitkan: Isnin, 25 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERLUMBAAN edisi 2011 bakal menyaksikan Mohd Zamri Baba akan mengambil tempat pelumba veteran, Ahmad Fuad Baharudin untuk memacu pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha Malaysia dalam saingan SuperSports 600cc di Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) 2011 yang akan membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Utara) pada 29 April hingga 1 Mei ini.

Hanya Zamri kini merupakan pelumba berpengalaman setelah Fuad tidak lagi beraksi di ARRC manakala Azlan Shah Kamaruzaman beralih ke pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia.

Dua muka baru, Mohd Iskandar Raduan dari pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha Raceline dan Mohd Hafieenaz Mohd Ali (PETRONAS Syntium Moto Yamaha AHM) dipilih untuk bersama Zamri dalam kategori SuperSports 600cc.

Pengurus pasukan PETRONAS Syntium Moto Yamaha Malaysia, Melvin Tan berkata, sudah tiba masanya untuk mereka membariskan pelumba-pelumba baru.

“Penting bagi kami untuk melatih pelumba-pelumba muda dan dengan itu kami mengambil keputusan untuk memilih Iskandar dan Hafieenaz. Kami tidak mengharapkan kedua-dua pelumba junior ini dapat mencapai keputusan segera, tetapi kami berharap mereka dapat menimba pengalaman dan memperolehi pendedahan yang sebanyak mungkin,” katanya.

Sementara itu, Melvin berkata, perlumbaan musim ini lebih bergantung kepada Zamri untuk meraih kejayaan.

“Sebenarnya kami bergantung kepada Zamri untuk menghasilkan keputusan yang cemerlang dan berharap agar dapat menamatkan setiap perlumbaan di atas podium. Kami yakin bahawa Zamri merupakan antara pelumba terbaik ketika ini cuma kadang-kala nasib tidak selalu menyebelahinya.

"Kami berharap dia akan mencapai keputusan yang lebih positif bagi perlumbaan tahun ini dan semoga kami berpeluang untuk membawa pulang mahkota kejuaraan SuperSports 600cc," katanya. Tambahnya, berdasarkan realistik Iskandar dan Hafieenaz diharap dapat menamatkan perlumbaan di kalangan 10 pelumba terbaik.

Iskandar hanya pernah beraksi sekali di ARRC pada tahun 2007 manakala Hafieenaz pula tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam SuperSports 600cc.

Sebagai persediaan menghadapi musim 2011, pelumba-pelumba menjalani dua sesi latihan dan sesi ujian serta Klinik Perlumbaan yang dikendalikan oleh bekas pelumba Moto GP, Youichi Ui.

“Saya percaya ketiga-ketiga pelumba telah mempelajari banyak perkara melalui Klinik Perlumbaan yang diadakan selama dua hari di Litar Johor minggu lepas. Dengan maklumat tambahan dan panduan berguna daripada Youichi, saya percaya pelumba-pelumba kini lebih bersedia untuk menghadapi cabaran minggu ini,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan