Masuk Percuma Tonton Perlumbaan ARRC

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PIHAK penganjur pihak penganjur Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS 2011 (ARRC), Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR) mengumumkan tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menyaksikan pusingan pembukaan yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Utara) pada 29 April hingga 1 Mei ini.

Dengan itu, semua peminat berpeluang untuk menyaksikan perlumbaan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad secara percuma, berbanding musim lalu, bayaran tiket RM20 dikenakan untuk menyaksikan saingan sengit perlumbaan SuperSports 600cc dan Underbone Kejuaraan ARRC PETRONAS ini.

Pengarah Promosi TWMR, Ron Hogg (gambar) keputusan ini dibuat bagi memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan perlumbaan ini.

“Kami mahu melihat lebih ramai peminat dapat hadir menyaksikan perlumbaan ini pada minggu hadapan. Oleh itu, keputusan tiada sebarang bayaran dikenakan ini dapat mengurangkan beban peminat-peminat untuk hadir menyaksikan perlumbaan di Sepang memandangkan mereka terpaksa berbelanja lebih kerana kedudukannya yang agak jauh daripada bandar-bandar utama,” kata Ron, Khamis.

Ron meminta agar penyokong-penyokong dapat hadir beramai-ramai memandangkan perlumbaan musim ini semakin menarik dengan kehadiran lebih ramai pelumba-pelumba Malaysia yang mengambil bahagian dalam kedua-dua kategori SuperSports 600cc dan Underbone 115cc.

“Memasuki musim ke-16, ARRC PETRONAS semakin berkembang dengan menjadi perlumbaan utama kepada pelumba-pelumba Asia dan kali ini juga menyaksikan bilangan pelumba-pelumba tempatan turut bersaing dalam Kejuaraan yang begitu kompetitif ini semakin meningkat.

“Dengan kehadiran lebih ramai penyokong tempatan, pelumba-pelumba negara diharapkan dapat memulakan saingan musim baru ini dengan baik untuk mencabar kehandalan pelumba-pelumba seluruh Asia yang lain,” katanya.

Pusingan 1 ARRC PETRONAS minggu depan turut mempertandingkan dua perlumbaan sokongan iaitu Cabaran Bawah 17-tahun dan Cabaran 135cc Pengeluar Tempatan.

Yuran pertandingan bagi kedua-dua kategori berjumlah RM150 dan pendaftaran boleh dilakukan pada 30 April (Sabtu) pada jam 8 hingga 9 pagi. Petrol disediakan kepada peserta Cabaran Bawah 17 tahun manakala tidak disediakan bagi peserta-peserta kategori Cabaran 135cc Pengeluar Tempatan.

Selepas pusingan pembuka tirai di Sepang, perlumbaan pusingan berikutnya akan berlangsung di Litar Sentul, Indonesia (10-12 Jun), Litar Perlumbaan Madras, India (5-7 Ogos), Litar Antarabangsa Autopolis, Jepun (9-11 September), Litar Antarabangsa Zhuhai, China (14 – 16 Oktober) dan pusingan terakhir di Litar Antarabangsa Losail, Qatar (9-11 Disember).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR) di talian 03-8733 8787 atau lawati laman web rasmi Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC), www.arrc.com.my.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan