Air Asia Ceburi Rali Permotoran

Diterbitkan: Khamis, 21 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETELAH terlibat dalam perlumbaan Formula Satu dan menjadi penaja dalam British MotoGP, kini Air Asia maju setapak lagi dengan menceburi dunia rali pemotoran.

Pada satu majlis di Sepang hari ini, Air Asia memeterai perjanjian penajaan dengan pasukan GSR Pennzoil Rallying yang menyertai Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) dan Kejohanan Rali Malaysia.

"Kami gembira kerana turut terlibat sebagai penaja untuk menyokong pasukan GSR Pennzoil Racing. Ia bersesuaian dengan rancangan kami dan sukan pemotoran sememangnya amat dekat di hati kami. Kami sudah terlibat dengan Formula Satu serta British MotoGP dan kini kami melibatkan diri pula dalam rali pemotoran.

"Sebenarnya, sumbangan kami ini bertujuan untuk membolehkan pasukan Malaysia berlumba dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik yang diadakan di destinasi penerbangan kami. Ringkasnya, kami membantu mempromosikan sukan Malaysia kerana sebelum ini kami juga terlibat dalam sukan lain seperti bola keranjang, maraton dan kriket," kata ketua pegawai eksekutif syarikat penerbangan tambang rendah itu Azran Osman Rani.

Ketua pasukan GSR Pennzoil Racing Gunaseelan Rajoo berkata penajaan itu meringankan bebannya dan juru pandu arah Jagdeev Singh yang sedang membuat persiapan untuk menyertai kejohann APRC sebanyak enam pusingan.

Peringkat permulaan kejohanan itu telah berlangsung di Johor Baharu awal bulan ini dengan pasukan berkenaan mendahului pasukan lain bagi kelas A6 pacuan dua roda.

Perlumbaan berikutnya akan diadakan di Queensland, Australia pada 13 hingga 15 Mei dan selepas itu di New Caledonia pada Jun, diikuti di New Zealand pada Julai serta Jepun dan China kemudiannya.

Pasukan itu juga akan menyertai Kejohanan Rali Malaysia di Kangar untuk pusingan berikutnya pada Mei, diikuti Seremban pada Ogos dan Melaka pada Oktober.

"Kami amat berterima kasih atas sokongan mereka. Kami perlukan RM2 juta untuk tahun ini. Kejohanan APRC memerlukan perbelanjaan besar. Memandangkan kami menurunkan tujuh kereta untuk menyertai Rali Malaysia, perbelanjaannya tentulah agak besar. Oleh itu, sumbangan Air Asia amat bermakna," kata Gunaseelan Rajoo yang turut menggunakan khidmat pemandu handalan seperti bekas juara dunia Karamjit Singh; juara APRC empat kali Cody Crocker dan juara bertahan APRC Katsu Taguchi dari Jepun. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan