Mokhzani Gembira SIC Capai Sasaran

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Penyertaan tiga pasukan Formula Satu (F1) yang mempunyai kaitan dengan Malaysia dalam kalendar perlumbaan F1 musim ini berjaya menarik kehadiran lebih 100,000 penonton sehingga hari terakhir perlumbaan Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2011 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad.

Pengerusi Sepang International Circuit (SIC) Datuk Mokhzani Tun Mahathir berkata, beliau berbangga dengan jumlah kehadiran dari Jumaat hingga hari ini yang dilihat meningkat ekoran penganjuran pelbagai promosi dan strategi SIC untuk menarik peminat ke litar itu.

"Saya gembira kami (SIC) berjaya melepasi jangkaan 100,000 sehingga hari ini.

Walaupun pada Jumaat kelihatan tidak ramai yang hadir, namun ia meningkat pada Sabtu dan menjadi lebih baik pada hari ini seperti yang dapat dilihat, Grandstand semuanya penuh sesak hingga ke hujung," katanya kepada pemberita selepas tamat perlumbaan Grand Prix F1 Petronas Malaysia 2011, di sini, Ahad.

Litar Antarabangsa Sepang mencatat kehadiran 105,018 penonton sepanjang tiga hari kejohananan lumba itu, yang merangkumi sesi latihan bebas, kelayakan dan hari perlumbaan, berbanding tahun lepas yang mencatatkan kehadiran 97,864 penonton.

Menurut kenyataan SIC, Jumaat lepas menyaksikan kunjungan 17,685 penonton, manakala Sabtu 22,325 orang, dan Ahad 65,008.

Dalam perlumbaan pusingan kedua edisi ke-13 itu, antara tarikan yang terbesar adalah kemunculan tiga pasukan yang mempunyai kaitan dengan Malaysia iaitu penyertaan Proton dalam Lotus Renault GP serta syarikat petroleum negara, Petronas dalam Mercedes GP Petronas F1 Team dan Team Lotus yang merupakan pasukan F1 pertama dari Malaysia yang diterajui oleh peneraju penerbangan tambang murah negara AirAsia dan pengerusi Tune Group Datuk Seri Tony Fernandes.

Mokhzani berkata faktor cuaca yang bagus sepanjang tiga hari berlangsungnya perlumbaan, turut membantu kejayaan menarik kunjungan ramai penonton.

"Nasib baik tidak hujan hari ini walaupun cuaca pada mulanya kelihatan mendung dan saya gembira perlumbaan hari ini berlangsung dengan baik," katanya.

Pusingan ketiga Kejohanan F1 Dunia akan diadakan Litar Shanghai, China pada hujung minggu depan.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan