SIC Jangka Lebih 100,000 Tiket F1 Akan Terjual

Diterbitkan: Rabu, 6 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dijangka menjual lebih 100,000 tiket untuk Petronas Formula One Malaysian Grand Priz (2011 F1) yang akan berlangsung selama tiga hari, bermula Jumaat ini (8 April).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata, setakat hari ini, sudah lebih 50,000 tiket telah terjual.

"Tahun lepas, kami berjaya menjual 97,000 tiket tetapi tahun ini kami menjangkakan akan mencapai 100,000 tiket," kata beliau.

Razlan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan lebih 145 kenderaan sport utiliti Chevrolet Captiva dan 55 motosikal Harley Davidson oleh Naza Group of Companies kepada SIC untuk 2011 F1.

Beliau berkata, SIC yakin mencapai sasaran tahun ini kerana ia pernah menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti demonstrasi jalanan F1 di Putrajaya dan Bukit Bintang oleh Team Lotus dan Team Red Bull untuk mempromosikan F1.

Sementara itu, pengerusi eksekutif kumpulan bersama Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, berharap SIC akan mempunyai cara yang lebih mudah dan baik untuk menguruskan logistik sepanjang tempoh perlumbaan dengan hasil sumbangannya itu.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan