Zulfahmi Berjaya Kutip Mata Di Litar Jerez

Diterbitkan: Isnin, 4 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Zulfahmi pada saingan kedua Kejuaraan Dunia 125cc MotoGP di Lita Jerez, Ahad.
Aksi Zulfahmi pada saingan kedua Kejuaraan Dunia 125cc MotoGP di Lita Jerez, Ahad.

PELUMBA tunggal MotoGP 125cc negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin kembali bangkit daripada kekecewaan apabila berjaya mengutip enam mata pada pusingan kedua Kejuaraan Dunia 125cc MotoGP di Litar Jerez, Ahad.

Zulfahmi menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 keseluruhan sekaligus memberi petanda awal kebangkitannya musim ini untuk mempamarkan aksi lebih baik berbanding musim lalu.

Pada saingan pembukaan di Litar Losail, Qatar minggu lalu, Zulfahmi hanya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19 daripada 30 orang pelumba.

“Saya sangat gembira dengan perlumbaan hari ini selepas memulakan saingan dengan baik. Biarpun keadaan hujan, namun saya terus menumpukan perhatian dan berjaya lakukannya. Paling penting perasaan saya dengan jentera ini adalah baik, malah gembira kerana pasukan saya telah bekerja keras untuk ini.

“Saya juga berterima kasih kepada penaja dan pasukan yang terus memberi kepercayaan kepada saya,” katanya yang kini bersama pasukan AirAsia-SIC-Ajo Motorsports.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata, pihaknya teruja dengan pencapaian Zulfahmi pada saingan kedua ini.

“Kita semua sedar Litar Jerez adalah litar tradisional dan dan tempat lahirnya pelumba-pelumba terkemuka dunia dari Sepanyol, Itali dan negara Eropah lain, malah ia merupakan salah satu litar yang agak sukar.

“Fahmi telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan kami amat berbangga dengannya, lebih-lebih lagi selepas berjaya mengutip mata.

"Dia akan kembali ke tanah air Selasa ini bersama pemilik pasukannya, Aki Ajo dan isterinya yang akan turut bersama manyaksikan Formula Satu (F1) Malaysia hujung minggu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan