Karamjit Lebih Bersemangat Rampas Semula Kejuaraan Rali Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 26 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Pelumba rali terkemuka negara, Karamjit Singh, kini penuh bersemangat untuk memulakan cabaran musim baru dengan azam untuk merampas semula juara keseluruhan Kejohanan Rali Malaysia 2011.

Berbekalkan dengan kereta barunya, pelumba berusia 49 tahun itu meletakkan sasaran untuk merangkul kejuaraan musim ini yang bermula April ini di Kota Tinggi, Johor.

Mengalami masalah kerosakan dengan kereta Mitsubishi Lancer Evo V111 yang berusia lapan tahun telah menyebabkan Karamjit menduduki tangga kedua keseluruhan musim lepas dan nasib itu bakal berubah dengan penajaan baru.

Karamjit, yang dikenali sebagai 'The Flying Singh', kini akan berlumba dengan pasukan GSR Pennzoil, iaitu keperluan teknikal yang lengkap untuk mendorong beliau merampas semula kedudukan utama musim ini.

"Kami mempersiapkan kereta Mitsubishi Evo 9 atau X untuk Karamjit di mana kami percaya sudah cukup baik untuk dia memburu kejayaan," kata pengurus pasukan GSR Pennzoil, R. Gunaseelan, selepas majlis menandatangani perjanjian antara pasukan itu dengan UMW Pennzoil Distributor Bhd bagi tahun keempat berturut-turut di sini Jumaat.

Pusingan pembukaan Rali Malaysia 2011 akan bermula 1 April di Estet Tai Tak di Kota Tinggi diikuti saingan di Kangar, Perlis, Melaka dan pusingan akhir di Negeri Sembilan pada akhir tahun.

Juara bertahan Muhammad Rafiq Udhaya bersama jurupandu Sean Gregory dari pasukan MRU Racing memang mengakui sukar mempertahankan kejuaraan dengan kehadiran Karamjit yang berpengalaman luas dalam dunia rali.

Pasukan GSR juga mengumumkan bahawa bekas pemandu rali dunia, Katsu Taguchi dari Jepun akan turut membantu cabaran pasukan itu dengan dua bakat baru, Faisal Alang dan Jamaluddin Tukimin.

"Mendapat khidmat Katsu ang berpengalaman sudah tentu akan meningkatkan reputasi dan peluang pasukan itu pada tahun ini," kata Gunaseelan.

Katsu, yang memandu kereta Mitsubishi Evo X, menjadi juara pusingan Malaysia pada Kejohanan Rali Asia-Pasifik tahun lepas yang diadakan serentak dengan Kejohanan Rali Malaysia.

"Kami teruja dengan prospek pasukan GSR Pennzoil bagi musim 2011. Kami ada bakat dan lebih bersedia kali ini," kata Pengurus Besar UMW Pennzoil, Muhammad Ruslan Abdul Ghani. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan