Pelumba MotoGP Kembali Ke Sepang Untuk Ujian Kedua

Diterbitkan: Isnin, 21 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peminat sukan pemotoran akan berpeluang menyaksikan juara dunia Jorge Lorenzo dan motosikal Yamaha Factory Racing YZR-M1 dalam pakaian seragam baru 2011 apabila sesi ujian kedua kejohanan motosikal Grand Prix (MotoGP) bagi tahun ini bermula di litar Sepang, esok.

Lorenzo, yang berpasangan dengan Ben Spies dari Amerika, musim ini, dijangka menggunakan sepenuhnya data yang diperolehi daripada ujian pertama di Sepang awal bulan ini bagi memperbaiki masa terpantas 2 minit 0.845 saat.

"Berdasarkan pengalaman, terutamanya melihat kepada apa yang berlaku tahun lalu, ujian kedua di Sepang akan menyaksikan kehebatan para pelumba.

"Valentino Rossi, tahun ini berjaket kulit merah Ducati, mencatat masa terpantas 2 minit 0.271 saat dalam sejarah litar Sepang dalam ujian kedua tahun lepas dengan motosikal Yamaha M1.

"Para peminat boleh menjangkakan bahawa para pelumba MotoGP terutama Lorenzo mencabar rekod Rossi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali dalam satu kenyataan, di sini, Isnin.

Ujian tiga hari itu yang berakhir Khamis ini akan bermula pukul 9.30 pagi dan tamat 5.30 petang.

Dalam sesi pertama mulai 1 hingga 3 Feb, Marco Simoncelli dari pasukan San Carlo Honda Gresini mengatasi saingannya yang terkenal dengan catatan 2 minit 0.757 saat di kawasan trek 5.543 km.

Ahmad Razlan berkata bersempena dengan ujian-ujian MotoGP, SIC menjalankan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) bagi menyokong usaha kerajaan bagi mengutip bantuan kewangan untuk bantuan mangsa banjir.

"Untuk tiga hari berikutnya mulai esok, sesiapa yang melalui pintu pagar litar Sepang, termasuk kakitangan SIC, pembekal dan kontraktor, perlu menderma minimum RM2, yang akan disalurkan kepada dana itu," katanya.

Untuk menghabiskan 18 pusingan di seluruh dunia, motosikal Grand Prix Malaysia 2011 di Sepang akan menjadi pusingan kedua terakhir dan diadakan mulai 21 hingga 23 Okt.

Musim baru dibuka pada 20 Mac di litar Losail, yang akan menjadi hos bagi sesi ketiga ujian sebelum musim pada 13 dan 14 Mac. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan