SIC Lancar Kempen Derma RM2 Sempena Sesi Ujian MotoGP

Diterbitkan: Rabu, 16 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebagai menyokong usaha kerajaan membantu mangsa bencana banjir, Sepang International Circuit (SIC) akan melancarkan kempen derma khas "RM2 atau lebih" pada sesi ujian Kejohanan Motosikal Grand Prix Dunia (MotoGP) di litar SIC minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata di bawah kempen itu setiap orang, termasuk petugas litar, kontraktor dan pembekal, digalakkan menyumbang minimum RM2 yang akan disalurkan kepada tabung bantuan bencana banjir.

Beliau berkata kotak-kotak derma akan ditempatkan di pintu-pintu masuk litar bagi memudahkan peminat sukan lumba motosikal yang hadir pada sesi ujian dari 22 hingga 24 Februari nanti, menyumbang kepada tabung bantuan itu.

Katanya jumlah peminat sukan itu yang hadir pada sesi ujian awal bulan ini, termasuk kalangan peminat dari luar negara, kelihatan amat memberangsangkan, dan pihaknya berharap lebih ramai lagi akan datang pada sesi kedua nanti.

"Selain dapat melihat idola mereka beraksi dalam perlumbaan, para peminat sukan ini juga akan dapat memberi sumbangan kepada mangsa bencana banjir. Bencana banjir dalam negara kali ini agak serius. Ia banjir terburuk melanda Johor," tambahnya.

Ujian kedua MotoGP akan menampilkan kelibat juara dunia Jorge Lorenzo dan pasukan barunya Factory Yamaha Racing.

"Pada sesi ujian lepas di Sepang, Repsol Honda mempamerkan penampilan baru 2011 di samping memperkenalkan tiga jagoan baru mereka yang terdiri daripada Casey Stoner, Dani Pedrosa dan Andrea Ovizioso.

Penunggang hebat Valentino Rossi juga dilihat menunggang dengan Ducati dengan warna merah buat pertama kali. Kali ini peminat akan dapat melihat penampilan baru pasukan Factory Yamaha Racing pula," kata Razlan.

Ujian pra-musim di Sepang minggu depan akan menjadi sesi kedua bagi para penunggang MotoGP, selepas arahan menghentikan sesi ujian ditarik balik pada 31 Januari lepas.

Sesi pertama dari 1 hingga 3 Februari menyaksikan Marco Simoncelli dari pasukan Team San Carlo Honda Gresini mengatasi lawannya yang cukup hebat dengan catatan masa 2 minit 0.757 saat pada jarak 5.543-km.

"Saya jangka para penunggang akan bertambah pantas di ujian kedua. Malah mereka mungkin akan beri saingan hebat kepada tempoh terpantas yang dicatat Valentino Rossi di Sepang," kata Razlan yang merujuk kepada tempoh 2 minit 0.271 saat yang dicatat penunggang dari Itali itu tahun lepas di hari kedua ujian pra musim kedua dengan menunggang Yamaha M1.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan