Pakatan Group Lotus Dengan Renault F1 Satu Keputusan 'Amat Baik' - F1 dan Motor | mStar

Pakatan Group Lotus Dengan Renault F1 Satu Keputusan 'Amat Baik'

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemerolehan saham utama dalam pasukan Renault F1 oleh anak syarikat Proton, Group Lotus, adalah "keputusan yang amat baik".

Pasukan Renault F1 telah menunjukkan prestasi yang baik dalam perlumbaan, katanya.

Beliau menambah terdapat beberapa sebab mengapa Proton tidak bersetuju nama Lotus digunakan oleh pasukan sekarang.

"Prestasinya juga tidak berapa bagus," katanya, mungkin merujuk kepada pasukan Team Lotus milik Datuk Seri Tony Fernandez yang gagal mendapat apa-apa mata pada perlumbaan F1 2010.

"Orang ramai menjuruskan prestasi itu kepada Lotus sendiri. Jadi kita perlu mencari jalan untuk menjadi lebih berjaya," kata Dr Mahathir yang merupakan penasihat Proton.

Pada Rabu, Proton berkata pasukan Renault F1 akan dinamakan semula sebagai pasukan Lotus Renault GP pada musim perlumbaan F1 2011 berikutan pembelian saham itu oleh Group Lotus daripada Genii Capital, pemegang majoriti pasukan Renault F1 sekarang. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan