Muhammad Rafiq Muncul Juara MRC 2010

Diterbitkan: Ahad, 12 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pemandu rali negara Karamjit Singh telah memberi komitmen dan kesungguhan yang sepenuhnya pada pusingan akhir Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2010 di Kangar, Perlis, namum ia tidak cukup untuk merangkul kejuaraan keseluruhan musim ini, Ahad.

Sebaliknya, Muhammad Rafiq Udhaya dan pemandu arahnya Sean Gregory, memandu kereta Subaru Impreza, dinobatkan juara MRC 2010 selepas menduduki tempat ketiga.

Kedudukan Muhammad Rafiq pada tiga pusingan awal di Johor Baharu, Jempol, Negeri Sembilan dan Kuala Terengganu sebelum ini, sudah cukup selesa untuk dicabar sebelum pusingan akhir bermula di Kangar semalam.

Cukup selesa dengan kedudukan sebagai pendahulu, Muhammad Rafiq, hanya mengambil mudah untuk meraih tempat ketiga pada pusingan akhir dengan mengumpul keseluruhan 55 mata musim ini.

Usaha Karamjit di Kangar dengan pemandu arahnya Douglas Pickering, dengan memandu kereta Mitsubishi Lancer, mendominasi perlumbaan pusingan akhir selama dua hari tanpa menerima cabaran sengit.

Pemandu pasukan GSR Pennzoil, R.Gunaseelan dan pemandu arahnya Jagdev Singh, yang memandu kereta Mitsubishi lancer, meraih tempat kedua dengan ketinggalan empat minit di belakang Karamjit.

Karamjit dan Pickering menamatkan saingan musim ini di tempat kedua keseluruhan dengan mengumpul 32 mata.

Tempat ketiga musim ini disandang oleh pelumba Hong Kong, Andrew Miller, dengan kereta Subaru Impreza, dengan mengumpul 23 mata.

"Saya hilang kejuaraan MRC 2010 selepas mengalami beberapa kegagalan mekanikal pada pusingan pertama di Johor Baharu dan Kuala Terengganu. Jika tidak, situasi mungkin berbeza," kata Karamjit.

"Mungkin sudah tiba masa untuk mendapatkan kereta baru dan cuba memberi cabaran sengit pada musim akan datang. Mungkin kereta baru yang lebih kukuh akan dapat membantu," jelasnya.

Bagi Muhammad Rafiq, Karamjit masih merupakan pelumba yang perlu diawasi sekiranya dia menaruh harapan untuk mempertahankan kejuaraan pada musim depan.

"Dia merupakan pemandu berbakat sekali dan adalah sukar untuk saya pada musim depan. Saya pasti dia (Karamjit) memikirkan untuk mahu menebus kekecewaan," kata Muhammad Rafiq.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan