Pasukan Lotus Tidak Bimbang Dengan Pembelian Pasukan F1 Renault Oleh Lotus PLC

Diterbitkan: Jumaat, 10 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Team Lotus milik Datuk Seri Tony Fernandes tidak bimbang dengan tindakan Group Lotus Plc milik Proton membeli pegangan utama dalam pasukan Perancis Renault F1 yang akan diberi nama Lotus Renault GP.

Pasukan Lotus juga tidak bimbang tentang dakwaan Proton bahawa ia memiliki hak ke atas nama jenama itu dan ia boleh menggunakan nama jenama Lotus sebaik sahaja musim perlumbaan F1 2011 bermula.

"Bagi kami, kami akan teruskan dengan apa yang kami buat dan tumpuan pengurusan adalah untuk memastikan Team Lotus mempunyai kereta yang kompetitif tahun depan," kata ketua pegawai eksekutif pasukan Lotus Riat Asmat, Khamis.

Beliau menjawab soalan Bernama tentang pengumuman semalam bahawa Group Lotus Plc akan membeli 25 peratus ekuiti dalam pasukan Renault F1 dari kumpulan pelaburan berpangkalan di Luxembourg, Genii Capital.

Genii Capital memiliki 75 peratus pasukan Renault F1.

Pegawai Proton, mengulas pengumuman semalam, juga bercakap tentang kerjasama dengan 1MRT, pemilik pasukan Lotus Racing yang kini dikenali sebagai Team Lotus.

Mereka berkata pakatan dengan 1MRT tidak memberikan hasil yang diinginkan.

Mereka juga berkata 1MRT "berusaha untuk mendapatkan hak untuk menggunakan nama Team Lotus dengan niat menggunakan nama itu pada F1 musim 2011 yang menyalahi Perjanjian Lesen "Lotus Racing"."

Mengenai dakwaan oleh Proton bahawa hanya ia sahaja memiliki hak jenama Lotus dan kemungkinan yang dinyatakan oleh berita akhbar bahawa hanya satu pasukan di dalam F1 yang boleh menggunakan nama jenama Lotus, Riat berkata:

"Adakah sesiapa mempunyai apa-apa garis panduan tertentu (mengenai siapa yang boleh menggunakan nama Lotus)...saya tidak tahu tentang itu."

Mengenai laporan bahawa Proton sebagai syarikat induk Group Lotus memiliki hak ke atas nama jenama Lotus, beliau berkata, "Oh, mereka kata mereka memiliki hak ke atas nama itu, tetapi kita memiliki nama Team Lotus (dan) kerana itulah kami berlumba sebagai Team Lotus.

"Saya pasti kereta Lotus adalah milik mereka dan saya pasti mereka mempunyai hak ke atasnya (tetapi) kami bukan Lotus, kami adalah Team Lotus," katanya.

Ditanya tentang perbezaan Lotus dan Team Lotus, beliau berkata: "Ya, terdapat perbezaan besar dari segi pemilikan. Team Lotus adalah dari segi warisan perlumbaan, yang pada asasnya adalah cabang perlumbaan perniagaan Colin Chapman. Kami tidak membina kereta. Kami berlumba (dan) itu sahaja.

"Kami mempunyai cabaran (perlumbaan) di hadapan dan kami akan bersaing menggunakan enjin Renault dan kotak gear Red Bull." Mahkamah di London dijangka membuat keputusan mengenai saman yang dibuat oleh Proton mengenai hak untuk menggunakan nama Lotus. "Saya rasa ia akan adil kepada semua dan mahkamah akan menjelaskan segalanya kepada semua orang," kata Riat. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan