Melaka Tuan Rumah Piala Yamaha Asean

Diterbitkan: Khamis, 9 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pelumba kategori Novice. Dari kiri: Ramdan, Adib dan Azhar.
Barisan pelumba kategori Novice. Dari kiri: Ramdan, Adib dan Azhar.

BUAT kali ketiga Malaysia menjadi tuan rumah Piala Yamaha Asean – gelanggang yang menghimpunkan pelumba terbaik Yamaha di rantau Asia pada perlumbaan edisi kelapan yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 11 dan 12 Disember ini.

Temasya yang bermula sejak 2003 menghimpunkan para pelumba terbaik dari Indonesia, Thailand, Filipina, India dan tuan rumah Malaysia akan beradu kekuatan bagi mencari pelumba terbaik Yamaha musim ini.

Dua acara perlumbaan yang dipertandingkan iaitu kategori Expert yang akan memacu jentera Yamaha 135LC manakala kategori Novis akan menggunakan jentera Yamaha Lagenda 115Z selaku jentera pertandingan.

Selain perlumbaan utama, kejuaraan Piala Yamaha Asean 2010 turut menampilkan tiga perlumbaan sokongan seperti Cabaran 135LC, Cabaran Bawah-17 tahun, dan Cabaran FZ150i.

Bagi edisi kelapan tahun ini, cabaran bagi kelas Expert dan Novis disertai seramai 38 pelumba dari Malaysia, India, Indonesia, Filipina, Thailand dan satu penyertaan istimewa dari Jepun.

Ia satu saingan yang adil ketika semua pelumba menggunakan penyelarasan jentera terutama dari segi spesifikasi dan konduksi pada tahap yang sama manakala jentera yang digunakan pakai oleh setiap pasukan akan dipilih melalui cabutan.

Dalam Kategori Expert, Malaysia diwakili pelumba muda yang juga juara CP130 musim 2010, Hafizh Syahrin Abdullah, Mohd Iskandar Raduan (Juara Wira 2005), Shahril Izzuwan Mohd Noor, Mohd Adli Salihin dan Ahmad Abdul Kadir.

Dalam saingan kategori Novis pula, juara CP115 yang baru ditabalkan, Mohd Ramdan Mohd Rosli akan mengetuai senarai pelumba tanahair.

Dia akan dibantu pemenang kategori Wira 2010, Mohd Adib Rosley, juara Wira 2009, Mohd Azhar Abdul Jalil, Tengku Amirul Haffirudin (pemenang kategori Yamaha 135LC 2010) dan Mohd Rozaliman Zakaria.

Pengurus Kanan, Bahagian Pemasaran Hong Leong Yamaha Motor, GS Tan percaya bahawa persaingan musim ini dijangka lebih menarik dan rancak.

“Buat kali pertama tahun ini, berat badan minimum diperkenalkan bagi memberi persaingan hebat di antara semua pasukan, selain kehadiran ramai pelumba muda disamping bentuk badan pencabar yang kecil menjadikan kelebihan berat badan sebagai taruhan para pelumba.

“Dengan peraturan baru ini, saya percaya ia membawa lebih banyak aksi dramatik dan persaingan hebat di antara pasukan,” ujar GS Tan.

Selain disajikan dengan aksi hebat dari satu perlumbaan ke satu perlumbaan lain, pengunjung yang hadir di Stadium Hang Jebat hujung minggu ini pasti tertanya-tanya apakah aktiviti yang akan diperkenalkan di temasya terbabit sepanjang dua hari kejuaraan itu.

Untuk pengunjung, antara aktiviti sampingan di tapak temasya terbabit ialah demontrasi menunggang ‘Trail’, pertunjukan tunggangan ekstrim, pameran poduk Yamaha, tunggan uji produk Yamaha seperti motosikal elektrik, basikal hydrid dan motosikal terkini serta susut sese bergambar dengan kenderaan ATV dan YZF R6.

Kemasukan bagi menyaksikan perlumbaan Piala Yamaha Asean adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai perlumbaan Piala Yamaha Asean 2010, hubungi Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd di 03-6157 7011 atau layari laman web www.yamaha-motor.com.my.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan