Melaka Dipilih Tuan Rumah Piala Yamaha Asean

Diterbitkan: Rabu, 8 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafizh akan turut beraksi dalam kategori Expert.
Hafizh akan turut beraksi dalam kategori Expert.

BUAT kali ketiga Malaysia menjadi tuan rumah Piala Yamaha Asean, edisi kelapan yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 11 dan 12 Disember ini.

Temasya yang bermula sejak 2003 menghimpunkan para pelumba terbaik dari Indonesia, Thailand, Filipina, India dan tuan rumah Malaysia akan beradu kekuatan bagi mencari pelumba terbaik Yamaha musim ini.

Dua acara perlumbaan yang dipertandingkan iaitu kategori Expert yang akan memacu jentera Yamaha 135LC manakala kategori Novis akan menggunakan jentera Yamaha Lagenda 115Z selaku jentera pertandingan.

Selain perlumbaan utama, kejuaraan Piala Yamaha Asean 2010 turut menampilkan tiga perlumbaan sokongan seperti Cabaran 135LC, Cabaran Bawah-17 tahun, dan Cabaran FZ150i.

Bagi edisi kelapan tahun ini, cabaran bagi kelas Expert dan Novis disertai seramai 38 pelumba dari Malaysia, India, Indonesia, Filipina, Thailand dan satu penyertaan istimewa dari Jepun.

Ia satu saingan yang adil ketika semua pelumba menggunakan penyelarasan jentera terutama dari segi spesifikasi dan konduksi pada tahap yang sama manakala jentera yang digunakan pakai oleh setiap pasukan akan dipilih melalui cabutan.

Dalam Kategori Expert, Malaysia diwakili pelumba muda yang juga juara CP130 musim 2010, Hafizh Syahrin Abdullah, Mohd Iskandar Raduan (Juara Wira 2005), Shahril Izzuwan Mohd Noor, Mohd Adli Salihin dan Ahmad Abdul Kadir.

Dalam saingan kategori Novis pula, juara CP115 yang baru ditabalkan, Mohd Ramdan Mohd Rosli akan mengetuai senarai pelumba tanahair. Dia akan dibantu pemenang kategori Wira 2010, Mohd Adib Rosley, juara Wira 2009, Mohd Azhar Abdul Jalil, Tengku Amirul Haffirudin (pemenang kategori Yamaha 135LC 2010) dan Mohd Rozaliman Zakaria.

Pengurus Kanan, Bahagian Pemasaran Hong Leong Yamaha Motor, GS Tan percaya bahawa persaingan musim ini dijangka lebih menarik dan rancak.

“Buat kali pertama tahun ini, berat badan minimum diperkenalkan bagi memberi persaingan hebat di antara semua pasukan, selain kehadiran ramai pelumba muda disamping bentuk badan pencabar yang kecil menjadikan kelebihan berat badan sebagai taruhan para pelumba.

“Dengan peraturan baru ini, saya percaya ia membawa lebih banyak aksi dramatik dan persaingan hebat di antara pasukan,” ujar GS Tan.

Selain disajikan dengan aksi hebat dari satu perlumbaan ke satu perlumbaan lain, pengunjung yang hadir di Stadium Hang Jebat hujung minggu ini bakal disajikan dengan aktiviti sampingan di tapak temasya itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai perlumbaan Piala Yamaha Asean 2010, hubungi Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd di 03-6157 7011 atau layari laman web www.yamaha-motor.com.my.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan