Group Lotus Umum Beli Pasukan Renault F1

Diterbitkan: Rabu, 8 Disember 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Subsidiari Proton - Group Lotus - akan membeli ekuiti yang siknifikan dalam pasukan Renault F1 dan menjenamakan semula pasukan itu sebagai "Pasukan Lotus Renault GP" pada musim baru perlumbaan Formula Satu tahun hadapan.

Keputusan ini sekaligus mencetuskan ketidakpastian siapakah sebenarnya yang berhak menggunakan nama besar "Lotus" pada pasukan yang akan mengambil bahagian dalam perlumbaan Formula Satu 2011.

Satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Group Lotus lewat Rabu menyatakan pembelian sebahagian besar saham daripada Kumpulan Genii Capital iaitu sebuah syarikat pelaburan yang berpusat di Luxembourg yang menguasai pasukan Renault F1.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyatakan jumlah ekuiti yang dikuasai oleh Lotus dan juga nilai bidaan mereka.

Genii Capital menguasai 75% pegangan dalam pasukan Renault F1. Namun begitu sebuah akhbar Perancis Le Figaro menyebut, Group Lotus dipercayai telah membeli 25% kepentingan saham dalam urusniaga tersebut.

Dengan pembelian tersebut, Group Lotus mempunyai hak untuk bertindak sebagai penaja utama dalam pasukan berkenaan.

Dalam pada itu, laporan agensi berita AP pula menyebut, Lotus Renault dijangka menggunakan warna tradisional hitam dan emas pada badan kereta F1 mereka sehingga musim perlumbaan 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus, Dany Bahar mengakui akan kontroversi penggunaan jenama Lotus dalam sukan F1 tetapi berharap keputusan terbaru ini akan melenyapkan segala ketidakpastian itu.

Lotus telah kembali ke arena F1 pada tahun ini selepas 16 tahun tidak mengambil bahagian apabila Group Lotus memberi kebenaran penggunaan jenama itu kepada pemilik Air Asia dan Kumpulan Tune, Tony Fernandes. Mereka menggunakan nama "Lotus Racing".

Bagaimana pun rancangan Fernandes untuk menjenamakan semula pasukannya kepada "Team Lotus" untuk musim akan datang telah mencetuskan konflik dan pertelagahan dengan Group Lotus sekaligus menyaksikan kes pertelingkahan mereka dirujuk kepada Mahkamah Tinggi London bagi menentukan siapakah yang layak menggunakan jenama "Lotus".

Lotus Racing milik Fernandes mendakwa mereka berhak menggunakan nama "Lotus" ekoran pengambilalihan Team Lotus Ventures Ltd daripada bekas pelumba British, David Hunt, beberapa bulan lalu.

Hunt mendakwa dia adalah pemilik kepada nama "Team Lotus", yang merupakan sebuah entiti berasingan daripada Group Lotus.

Fernandes dalam reaksi segeranya dari Bangkok berkata, perkembangan terbaru ini menyaksikan pesaingnya sedang cuba untuk menyaingi apa yang dijangka akan dilakukannya.

Sementara itu, Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata; "Kami yakin apa yang dapat ditawarkan oleh Group Lotus kepada F1 dan begitu juga sebaliknya. Selepas meneliti dengan penuh perhatian, kami percaya, perkembangan terbaru ini akan membuahkan hasil, sama ada dari sudut komersil atau pemasaran."

Manakala Penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata: "Ini sudah pastinya satu perkembangan yang sangat menarik yang akan menghasilkan faedah strategik kepada kedua-dua Group Lotus dan juga Proton. Saya menyokong sepenuhnya kerjasama ini."

Sebagai tambahan kepada kerjasama ini, Kumpulan Genii turut menawarkan kepada Proton akan peluang-peluang yang dapat direbut ke atas rangkaian perniagaannya di Rusia dan juga negara-negara lain sebagai sebahagian daripada hasrat untuk mengembangkan potensi Proton di peringkat global. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan