Hafizh Cipta Rekod Hatrik Baru

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafizh (tengah) meraih podium bersama pemenang kedua Mohd Zamri Baba (kiri) dan ketiga, Azlan Shah Kamaruzaman.
Hafizh (tengah) meraih podium bersama pemenang kedua Mohd Zamri Baba (kiri) dan ketiga, Azlan Shah Kamaruzaman.

PELUMBA berusia 16 tahun, Hafizh Syahrin Abdullah mencipta rekod baru apabila muncul juara termuda mencipta kemenangan ketiga berturut-turut setelah memenangi kategori CP130 pada Pusingan 8 siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Litar Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Ahad.

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline menamatkan saingan 15 pusingan selepas berjaya meninggalkan pencabar terdekat, Mohd Zamri Baba dengan kelebihan 8.922 saat. Hafizh menamatkan perlumbaan dengan masa 12:36.209 saat manakala Zamri (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM) dan rakan sepasukan Hafizh, Azlan Shah Kamaruzaman mengakhiri perlumbaan di tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatat masa 12:45.131 saat dan 12:46.113 saat.

Hafizh yang bermula di petak utama meninggalkan pelumba lain sebaik perlumbaan dilepaskan dan ia jelas tidak mampu dicabar oleh pelumba lain sehingga dia melepasi garisan penamat.

“Semuanya berjalan lancar seperti dirancang. Saya memecut sebaik lampu merah dipadamkan dan cuba meninggalkan kelompok pelumba lain sejauh mungkin. Di pusingan ke-4, saya menyaksikan paparan masa (lapboard) bahawa saya meninggalkan pencabar 1.5 saat di belakang dan dari situ saya hanya mengekalkan persembahan dan menumpukan sepenuh perhatian pada perlumbaan sehingga sampai ke garisan penamat.,” jelas Hafizh mengulas mengenai perlumbaan akhir itu.

“Saya berterima kasih kepada penaja dan pasukan yang telah menjadikan kejayaan saya pada hari ini satu kenyataan. Juga tidak lupa buat jurulatih fizikal dan tunjuk ajar dari bapa sendiri atas kemenangan ini. Mereka adalah inpirasi kejayaan saya dan tanpa mereka, saya mungkin tidak mengecapi kejayaan seperti ini," katanya.

Dengan kemenangan ini, Hafizh kini melonjak ke tangga kedua keseluruhan dengan 128 mata hanya ketinggalan 8 mata ke atas pendahulu ketika ini, Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) yang mengumpul 136 mata. Sementara itu, Norizman Ismail dari Harian Metro SCK Honda Racing di tempat ketiga dengan 121 mata.

Bagi Anugerah Berpasukan, PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline kini menjadi pendahulu baru dengan 209 mata diikuti pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha AHM, 197 mata dan tempat ketiga pasukan Shell Advance Yamaha Maju dengan 183 mata.

Dalam kategori CP115, Mohd Adli Salihin dari pasukan Motul Yamaha YY Pang memperagakan persembahan cemerlang untuk merangkul juara sulung musim ini. Dia menamatkan saingan 12 pusingan dengan masa 15:07.644 saat diikuti Mohd Ramdan Mohd Rosli dengan masa 15:08.146 saat. Sementara itu, Mohd Rozaliman Zakaria (ZAR & HTM Motorsports Racing) meraih tempat ketiga dengan catatan 15:18.528 saat.

Adli, pelumba berusia 22 tahun menggunakan kelebihan berada di petak utama untuk mendahului pelumba lain sebaik perlumbaandimulakan, tidak melakukan sebarang kesilapan dan berjaya mengekalkan rentak persembahan untuk melintasi garisan penamat selaku pelumba pertama.

Kemenangan ini adalah bonus buat pasukan dan saya harap, kejayaan yang diraih di Pekan ini menaikkan lagi semangat pasukan. Saya harap dapat mengekalkan rentak cemerlang ini pada baki perlumbaan seterusnya dan berharap dapat mengutip seberapa banyak mata untuk mencabar kejuaraan keseluruhan sekalipun ianya tampak tipis,” kata Adli.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan