Kejuaraan Moto2 Dunia Milik Elias

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Elias diraikan rakan sepasukannya selepas dinobatkan sebagai juara. Foto The Star/Mohd Sahar Misni
Elias diraikan rakan sepasukannya selepas dinobatkan sebagai juara. Foto The Star/Mohd Sahar Misni

SEPANG:Menamatkan saingan kategori Moto2 di tempat keempat sudah memadai buat pelumba Gresini Racing, Toni Elias untuk bergelar juara dunia buat julung kalinya pada perlumbaan Grand Prix MotoGP Malaysia di Litar Sepang, Ahad.

Elias memanfaatkan peluang untuk muncul juara keseluruhan selepas pencabar terdekat Julian Simon dari pasukan Mapfre Gaspar yang bermula di petak pertama terbabas pada pusingan kelapan.

Kedudukan keempat membolehkan pelumba dari Sepanyol itu mengumpul 262 mata, jauh meninggalkan pencabar lain berbekalkan baki tiga perlumbaan yang perlu diharungi musim ini.

Rakan senegara, Simon menduduki tempat kedua dalam kejuaraan dunia apabila mengutip 168 mata diikuti Andrea Iannone dari Fimmco Racing MOto2 di tempat ketiga dengan 163 mata.

Menurut Elias, kemenangan kali itu adalah saat manis dalam hidupnya selepas bekerja keras untuk menamatkan perlumbaan sehingga garisan penamat di sini.

"Saya hanya memikirkan tentang kejuaraan ini sepanjang perlumbaan. Akhirnya impian bergelar juara betul-betul menjadi milik saya hari ini (Ahad)," katanya pada sidang media selepas tamat perlumbaan di sini, Ahad.

Elias pernah beraksi dalam kelas MotoGP pada 2005 hingga 2009 tetapi beralih arah ke Moto2 pada musim ini.

Roberto Rolfo dari pasukan Italtrans S.T.R meraih tempat pertama selepas mencatat masa terpantas 41:9.412 saat manakala pelumba dari San Marino, Itali, Alex de Angelis di tempat kedua dengan catatan masa 41:09.452 saat.

Tempat ketiga pula menjadi milik pelumba Itali, Iannone yang melengkapkan perlumbaan 19 pusingan dengan 41:15.327 saat.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan