Impian Zulfahmi Musnah

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Hasrat pelumba pasukan AirASia Litar Antarbangsa Sepang (SIC), Mohd Zulfahmi Khairuddin (gambar) untuk mengutip satu mata di tempat sendiri tidak kesampaian apabila beliau sekadar menamatkan saingan kategori 125cc pada Grand Prix MotoGP Malaysia di kedudukan ke-16.

Pada sesi kelayakan semalam, beliau terjatuh dengan sekadar berjaya membuat dua pusingan dan mencatatkan masa 2 minit 17.896 saat untuk berada di kedudukan ke-22 daripada 26 pelumba dalam kategori 125cc sebelum terjatuh di selekoh keempat.

"Saya terlalu mendesak diri saya pada ketika itu dan tidak sangka terjatuh ketika pusingan kedua kerana merasakan tayar belakang membuang pada ketika itu.

"Saya tidak dapat meneruskan perlumbaan kerana motor berlaku kerosakan dan ia merupakan rekod paling teruk setakat ini di sini," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari Sabtu.

Beliau berkata meskipun terjatuh dan tidak dapat membuat pusingan yang lebih banyak pada sesi kelayakan hari ini, namun pasukannya tetap gembira dengan catatan masa yang dibuat dalam dua pusingan itu.

"Saya berharap cuaca adalah baik pada perlumbaan esok dan saya akan cuba membuat yang terbaik dan sekurang-kurangnya mampu meraih 1 mata di sini," katanya.

Bagaimanapun, Zulfahmi mengaku ia bukanlah sesuatu yang mudah namun masih berharap akan mampu memberikan persembahan yang terbaik dan tidak menghampakan penyokong.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan