Hajat Zulfahmi Tidak Kesampaian

Diterbitkan: Ahad, 10 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zulfahmi nyaris terbabas ketika perlumbaan kemuncak kategori 125cc pada Ahad. Foto The Star/Mohd Sahar Misni
Zulfahmi nyaris terbabas ketika perlumbaan kemuncak kategori 125cc pada Ahad. Foto The Star/Mohd Sahar Misni

SEPANG:Hajat pelumba pasukan AriASia Litar Antarbangsa Sepang (SIC), Mohd Zulfahmi Khairuddin untuk mengutip satu mata di tempat sendiri tidak kesampaian apabila beliau sekadar menamatkan saingan kategori 125cc pada Grand Prix MotoGP Malaysia di kedudukan ke-16.

Bermula dari petak ke-22, pelumba dari Banting, Selangor itu menamatkan perlumbaan 18 pusingan di Litar Sepang dengan catatan masa 2:17.315 saat.

Ketika ditemui pada sidang media di sini, Ahad, Zulfahmi menyuarakan rasa puas hati terhadap kedudukannya yang dianggap baik selepas terlibat dengan kemalangan pada selekoh keempat dalam sesi kelayakan, Sabtu sehingga menyebabkan motosikalnya rosak teruk.

"Saya tidak bermula bagus di awal perlumbaan. Namun saya cuba berikan yang terbaik. Mungkin sebab saya rasa tidak sedap hati dengan setting motosikal selepas rosak teruk akibat kemalangan pada Sabtu," katanya.

Selepas terjatuh di selekoh keempat pada sesi kelayakan, Sabtu, Fahmi mengakui susah bagi dirinya untuk mendapatkan semula setting motosikal terbaik dalam perlumbaan sebenar ini.

"Suspensi motosikal tidak dapat disetting dengan baik. Mekanik melakukan banyak penukaran pada motosikal yang rosak teruk akibat kemalangan terburuk sepanjang perlumbaan terdahulu," jelasnya.

Bagaimanapun, Zulfahmi enggan menjadikan tekanan beraksi di tempat sendiri sebagai alasan gagal menduduki kelompok 15 pelumba terbaik pada hari ini (Ahad).

"Tekanan memang ada. Namun saya cuba lawan tekanan itu dan menganggap ia sebagai semangat untuk saya beraksi cemerlang di hadapan penyokong sendiri," ujarnya.

Turun selaku pelumba harapan negara dalam kategori 125cc berbanding penampilan pertamanya dalam slot wildcard tahun lalu, Zulfahmi berkata, kehadiran peminat yang membanjiri Litar Sepang pada Ahad menjadikan dirinya lebih bersemangat dalam saingan berprestij dunia itu.

"Selepas melihat ramai peminat datang memberikan sokongan, saya menjadi berkobar-kobar untuk melakukan tunggangan terbaik pada perlumbaan ini," kata pelumba berusia 18 tahun itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Datuk Seri Dr Tony Fernandes menyuarakan perasaan gembira dengan pencapaian Zulfahmi yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16.

"Saya tahu Zulfahmi gemuruh untuk mengharungi perlumbaan ini. Namun dia sudah melakukan yang terbaik. Saya berpuas hati dengan keputusan itu. Kini negara dalam proses melahirkan pelumba bintang," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Razlan Razali amat berterima kasih kepada peminat yang hadir memberikan sokongan kepada dua pelumba negara iaitu Zulfahmi dan Mohamad Zamri Baba yang beraksi atas tiket wildcard dalam kategori Moto2.

"Kehadiran pengunjung pada hari ini (Ahad) antara yang tertinggi sepanjang penganjuran perlumbaan gemilang itu. Jadi kami mengharapkan keadaan sama pada perlumbaan Formula Satu kelak," jelasnya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan