Zulfahmi Belum Mahu Menyerah Kalah

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zulfahmi terbaring selepas jentera yang ditunggangnya terbabas. Foto The Star/Mohd Sahar Misni
Zulfahmi terbaring selepas jentera yang ditunggangnya terbabas. Foto The Star/Mohd Sahar Misni

SEPANG:Tuah beraksi di gelanggang sendiri tidak menyebelahi pelumba Air Asia Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Mohd Zulfahmi Khairuddin yang beraksi dalam kategori 125cc apabila terbabas ketika memasuki selekoh keempat pada sesi ujian kelayakan Grand Prix MotoGP Malaysia di Litar Sepang, Sabtu.

Begitupun, insiden itu tidak mematahkan harapan Zulfahmi untuk mengutip satu mata di hadapan penyokong sendiri dengan memulakan cabaran getir pada Ahad di petak ke-22.

"Alhamdulillah, saya mencatat masa yang baik walaupun terbabas di pusingan kedua. Saya tidak dapat meneruskan sesi kelayakan kerana motor rosak teruk," katanya ketika ditemui media pada sidang media di sini, Sabtu.

Menurut Zulfahmi, kemalangan itu mungkin berpunca daripada keghairahannya untuk mempamerkan aksi terbaik di tempat sendiri.

"Saya tidak menjangka akan terbabas seawal itu. Insiden hari ini (Sabtu) menyebabkan motor saya mengalami kerosakan teruk berbanding saingan terdahulu," jelasnya.

Namun, pelumba berusia 18 tahun itu tetap melontarkan keyakinan untuk memperbaiki persembahannya pada perlumbaan sebenar esok (Ahad) berdasarkan catatan masa 2:17.89 saat yang dilakukannya sebelum terbabas.

"Kemalangan itu tidak mengugat keyakinan saya. Malah saya menjadi lebih bersemangat untuk meningkatkan prestasi pada perlumbaan sebenar esok (Ahad). Saya akan terus berjuang dan cuba mencari keserasian dengan motor pada sesi warm up," ujarnya.

Mengulas mengenai peluang untuk mengutip satu mata di Litar Sepang, Zulfahmi berkata, segalanya bergantung kepada persembahan dan keadaan jenteranya pada perlumbaan esok (Ahad).

"Harapan untuk mengumpul satu mata masih ada. Kita tengok pada perlumbaan esok. Saya berharap agar cuaca baik dan ramai peminat datang untuk memberikan sokongan," katanya.

Selepas 13 perlumbaan, Zulfahmi memungut tiga mata, masing-masing satu mata di Litar Jerez, Sepanyol (Mei), Sachsenring, Jerman (Julai), dan Brno, Republik Czech (Ogos).

Juara Grand Prix Motegi Jepun minggu lalu, Marc Marquez dari Sepanyol akan memulakan saingan di petak pertama selepas mencatat masa terpantas 1:13.398 saat.

Pelumba pasukan Bancaja Aspar, Bradley Smith dan Nicolas Terol masing-masing menamatkan sesi kelayakan di petak kedua dan ketiga dengan catatan masa 2:13.691 saat dan 2:14.104 saat.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan