Salah Pilih Tayar Punca Terbabas:Zamri

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zamri mahu melengkapkan semua pusingan pada perlumbaan sebenar, Ahad.
Zamri mahu melengkapkan semua pusingan pada perlumbaan sebenar, Ahad.

SEPANG:Nasib serupa turut menimpa pelumba wild card negara bagi kategori Moto2, Mohamad Zamri Baba apabila terbabas di selekoh kesembilan pusingan ketujuh dengan catatan 2:11.289 saat pada sesi kelayakan di Litar Sepang, Sabtu.

Akibat kemalangan itu, Zamri yang mewakili pasukan Petronas SIC TWMR Malaysia sekadar memulakan penampilan sulungnya di petak ke-31 pada Ahad.

"Sebenarnya saya agak kecewa kerana gagal memperbaiki catatan masa. Pada sesi kelayakan sebentar tadi, saya menggunakan tayar keras yang digunakan semasa sesi latihan kedua di sebelah pagi. Tayar itu lebih sesuai digunakan untuk cuaca panas dan kering.

"Namun, cuaca pada sesi kelayakan berbeza. Keadaan suhu di litar juga berubah dan tayar keras tidak sesuai digunakan. Jadi ia antara faktor yang menyebabkan saya terbabas," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Mengakui tempoh dua hari terlalu singkat untuk menyesuaikan diri dengan jentera Moto2 yang dibawakan khas dari Jepun itu, Zamri berazam melengkapkan semua pusingan pada perlumbaan sebenar esok (Ahad) dan memperbaiki catatan masanya pada sesi latihan dan kelayakan.

"Pengalaman saya amat cetek pada perlumbaan sebesar ini. Namun, saya banyak belajar daripada pelumba lain. Saya akan cuba menduduki tempat terbaik esok," ujarnya.

Sementara itu, pengurus pasukan Petronas SIC TWMR Malaysia, Ron Hogg berkata pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah tayar yang membantutkan hasrat Zamri untuk memperbaiki catatan masanya pada sesi kelayakan.

"Zamri bermula dengan baik dan kami tidak menjangka dia akan terlibat dengan kemalangan. Saya berharap agar dia bangkit menebus kekecewaaannya pada perlumbaan esok (Ahad)," jelasnya.

Bagi saingan Moto2, Julian Simon dari Sepanyol yang mewakili pasukan Mapfre Aspar akan memulakan cabaran di petak pertama selepas menamatkan perlumbaan dengan 2:08.562 saat.

Petak kedua menjadi milik pelumba Republik San Marino, Alex De Angelis selepas ketinggalan 0.192 saat di belakang pendahulu manakala Thomas Luthi dari pasukan Interwetten Moriwaki Moto2 di petak ketiga.

Pendahulu keseluruhan kategori Moto2, Toni Elias dari Sepanyol pula sekadar memulakan saingan di petak keempat dengan catatan masa 2:08.863 saat.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan