MotoGP: Lorenzo Kembali Rampas Petak Pertama

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lorenzo menunjukkan isyarat bagus selepas menamatkan sesi kelayakan di petak pertama. Foto The Star/Mohd Sahar Misni
Lorenzo menunjukkan isyarat bagus selepas menamatkan sesi kelayakan di petak pertama. Foto The Star/Mohd Sahar Misni

SEPANG: Pelumba pasukan Yamaha, Jorge Lorenzo yang juga pendahulu MotoGP dunia musim 2010 akan memulakan cabaran pada perlumbaan Grand Prix MotoGP Malayia di petak pertama selepas mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang, Sabtu.

Lorenzo mencatatkan 2:01.537 saat sekali gus berada pada kedudukan terbaik untuk merangkul juara keseluruhan MotoGP musim ini.

Pelumba dari Sepanyol itu hanya perlu menamatkan saingan pada Ahad dalam kelompok sembilan teratas untuk merangkul trofi kejuaraan dunia pertamanya dalam kategori MotoGP.

Kali terakhir Lorenzo ditabalkan selaku juara dunia ialah pada 2006 dan 2007 bagi kategori 250cc.

Petak kedua disambar Nick Hayden dari Amerika Syarikat (AS) yang mewakili pasukan Marlboro Ducati.

Pelumba berusia 29 tahun itu ketinggalan 0.100 saat manakala Andrea Dovizioso dari Itali menduduki petak ketiga dengan catatan masa 2:01.829 saat.

Sementara itu, juara dunia tujuh kali, Valentino Rossi akan memulakan saingan di petak keenam selepas ketinggalan 00.493 saat.

Rossi mengumpul 156 mata setakat ini manakala Lorenzo, 297 mata dan Daniel Pedrosa dengan 228 mata.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan