Lorenzo Catat Masa Terpantas

Diterbitkan: Sabtu, 9 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Juara perlumbaan MotoGP Jorge Lorenzo dari Fiat Yamaha Team mencatat masa terpantas pada sesi latihan kedua Grand Prix Motosikal Shell Advance Malaysia di sini, Sabtu.

Lorenzo mencatat masa dua minit 1.949 saat untuk menduduki tangga teratas, meninggalkan penunggang Australia Caset Stoner dari pasukan Marlboro Ducati hanya dengan 0.022s.

Semalam, Lorenzo mencatat masa 2:02.898s dan hanya layak menduduki tempat ketiga.

Pada sesi latihan hari ini, rakan sepasukannya Valentino Rossi dari Itali, mencatat masa ketiga terpantas iaitu 2:02.192s.

Dalam kategori Moto2 pula, penunggang JIR Moto2 Alex de Angelis dari Republik San Marino mengekalkan kedudukannya di tangga teratas pada sesi latihan kedua dengan catatan masa 2:08.888s.

Penunggang Sepanyol Julian Simon dari Mapfre Aspar Team dan penunggang Itali Simone Corsi dari pasukan JIR Moto2, masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dengan catatan masa 2:08.990s dan 2:09.250s.

Seorang lagi penunggang Sepanyol Toni Elias dari pasukan Gresini Racing Moto2, menduduki tempat keempat dengan catatan masa 2:09.394s.

Dalam kategori 125cc, penunggang Sepanyol March Marquez dari pasukan Red Bull Ajo Motorsport menduduki tempat teratas setelah mencatat masa 2:12.946s.

Tempat kedua, dengan perbezaan catatan masa hanya 0.736s, menjadi milik Nicolas Terol dari Bancaja Aspar Team. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan