Pedrosa Tidak Akan Sertai MotoGP Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 8 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Selepas membuat pertimbangan teliti, penunggang pasukan Repsol Honda, Dani Pedrosa, membuat keputusan tidak akan mengambil bahagian dalam kejohanan Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix hujung minggu ini ekoran pembedahan bahagian tulang selangka yang dijalaninya Sabtu lepas.

Menurut pasukan itu dalam satu kenyataan hari ini, penunggang dari Sepanyol itu menjalani pembedahan pada hari Sabtu untuk membetulkan plat titanium pada tulang selangka yang retak semasa sesi latihan Grand Prix Jepun minggu lepas.

"Selepas kejayaan pembedahan itu, dia dilihat mungkin berpeluang untuk berlumba di Malaysia dalam perlumbaan MotoGP hujung minggu ini. Bagaimanapun selepas pertimbangan yang teliti, Pedrosa membuat keputusan untuk berehat supaya cepat pulih," menurut kenyataan itu.

Menurut pasukan itu beliau disasar untuk kembali beraksi dalam Grand Prix Australia, dengan sesi latihan bermula pada 15 Oktober.

Sepanjang ketiadaan Pedrosa, pasukan Repsol Honda tidak akan menurunkan penunggang pengganti hujung minggu ini, menjadikan hanya Andrea Dovizioso akan beraksi untuk pasukan itu di Malaysia. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan