SIC Sambut 20 Tahun Kegemilangan GP Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 7 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Acara lumba motosikal terbesar dunia yang kini secara rasmi dikenali sebagai MotoGP telah berlangsung di Malaysia lama sebelum para peminat menyaksikan perlumbaan Formula One (F1).

Dan tahun ini, acara itu akan menyambut edisi ke-20 di Malaysia, sejak ia pertama kali diadakan di Sirkit Batu Tiga di Shah Alam pada 1991.

"Impak GP Malaysia begitu besar...dari kalangan remaja hingga dewasa.

"Bayangkahlah peminat-peminat di seluruh dunia telah mengikuti MotoGP selama 20 tahun di Malaysia dan pelancong tidak ketinggalan mengikuti acara hebat ini," kata ketua pegawai eksekutif SIC Razlan Razali.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan pada pelancaran rasmi MotoGP Malaysia 2010 dan ulang tahun ke-20 Malaysian Motorcycle Grand Prix di Restoran Saloma di sini, malam Rabu.

Acara itu dihadiri oleh pasukan dan pelumba yang akan menyertai MotoGP Malaysia yang akan bermula Jumaat ini, di Sirkit Sepang.

Antara mereka ialah pelumba lagenda Australia Michael Doohan, lebih dikenali sebagai Mick Doohan, yang pernah menjadi johan dunia dalam kategori 500cc dari 1994 hingga 1998. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan