Fahmi Tekad Kutip Mata Di Halaman Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 6 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasukan Air Asia-SIC, Zulfahmi Khairuddin (kanan), Sturla Fagerhaug (tengah) dan pelumba  Moto2 Mohd Zamri Baba (kiri)  bakal memberikan aksi terbaik Ahad ini. Foto: The Star/ RAJA FAISAL HISHAN
Pasukan Air Asia-SIC, Zulfahmi Khairuddin (kanan), Sturla Fagerhaug (tengah) dan pelumba Moto2 Mohd Zamri Baba (kiri) bakal memberikan aksi terbaik Ahad ini. Foto: The Star/ RAJA FAISAL HISHAN

SEPANG: Pelumba 125cc MotoGP, Mohd Zulfahmi Khairuddin tekad untuk meneruskan aksi cemerlangnya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekaligus mengutip mata pada perlumbaan Shell Advance Grand Prix Motosikal Malaysia, Ahad ini.

Fahmi yang berjaya mengutip tiga mata pada perlumbaan sebelum ini yakin beraksi di halaman sendiri bakal memberi kelainan kepadanya.

“Saya gembira keraan dapat beraksi di halaman sendiri bersama penyokong-penyokong sendiri. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sebelum ini banyak membantu saya hingga berjaya di tahap ini.

“Lebih-lebih lagi kepada Shahrul Yuzy yang merupakan orang yang paling penting membawa saya hingga ke tahap ini.

"Beliau adalah idola saya dan saya berjanji akan melakukan yang lebih baik daripadanya dalam perlumbaan MotoGP ini,” katanya selepas beraksi go-kart bersama media, Selasa.

Pelumba Air Asia-SIC ini berkata, misinya kali ini adalah untuk mengutip satu mata yang mana dia perlu menamatkan perlumbaan dalam kelompok ke-15.

“Sebelum ini saya sudah berjaya mengutip tiga mata dan berharap perlumbaan di litar sendiri ini saya sekali lagi mampu mengutip satu mata sebelum satu mata lagi pada aksi akhir di Valencia bulan depan.

“Sekiranya berjaya pada kedua-kedua perlumbaan ini, pastinya ia adalah pencapaian terbaik saya sepanjang musim. Walaupun ia sukar, namun itulah sasaran saya dan ia sangat realistik berdasarkan prestasi sebelum ini,” katanya.

Fahmi berkata, untuk mengutip dua mata sekaligus dia perlu menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 pada perlumbaan edisi ke-20 ini.

“Saya akan cuba yang terbaik. Lagipun litar ini agak 'dekat' dengan saya. Paling penting, saya turut gembira kerana seorang lagi pelumba negara (Mohd Zamri Baba) akan turut beraksi pada perlumbaan kali ini,” katanya.

Sementara Zamri yang layak secara wildcard berlumba dalam kategori baru Moto2 berkata, dia sudah bersedia menghadapi perlumbaan penting Ahad ini.

“Sepanjang minggu ini saya telah melakukan persediaan mental dan fizikal dan saya yakin menjelang hujung minggu ini saya sudah berada dalam keadaan bersedia.

“Saya tidak mahu mensia-siakan peluang keemasan ini dan saya tidak mahu perasaan gentar mengugat tumpuan saya pada hari perlumbaan ini,” katanya.

“Saya sering mengingatkan diri saya bahawa saya tidak rugi apa-apa jika bersaing dengan nama-nama besar lain. Tambahan lagi, saya tidak mempunyai sebarang tekanan kerana menamatkan cabaran dikedudukan podium bukanlah dalam senarai utama saya,” katanya.

Pun begitu, dia sedar peminat-peminat tanah air mempunyai reaksi berbeza dan sudah tentu mereka menyandar harapan besar ke atas saya. Namun secara jujur, saya sebenarnya belum mempunyai sebarang sasaran bersaing dengan 40 pelumba terbaik di dunia.

“Selaku pelumba wildcard, ia bukan suatu perlumbaan yang mudah sekalipun untuk menamatkan cabaran di kelompok 20 pelumba terbaik dan bukan senang untuk mengutip mata.

“Jika anda mahu memungut satu mata sekali pun, anda perlu menamatkan perlumbaan di tangga ke-15. Oleh itu, saya tidak mahu terlalu fokus mengenai kedudukan saya pada hari perlumbaan kelak.

“Menjelang hari Jumaat, saya mahu menyesuaikan diri dengan jentera dan pada hari Sabtu, saya akan memberi persembahan terbaik untuk merakam masa terpantas pada sesi kelayakan.

"Bagi perlumbaan sebenar pada hari Ahad kelak, saya berharap segala-galanya akan berjalan dengan lancar.

“Saya harap, penampilan saya kali ini akan merintis laluan kepada pelumba lain hingga ke tahap MotoGP. Pada masa sama, saya harap memiliki tuah seperti Muhd Zulfahmi Khairudin yang berpeluang beraksi dalam saingan penuh,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan