Nasib Tidak Menyebelahi Zulfahmi Di Litar Indianapolis

Diterbitkan: Isnin, 30 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zulfahmi kecewa kerana gagal menamatkan perlumbaan buat kali kedua musim ini.
Zulfahmi kecewa kerana gagal menamatkan perlumbaan buat kali kedua musim ini.

PELUMBA MotoGP 125cc Mohd Zulfahmi Khairuddin gagal menamatkan perlumbaan buat kali kedua musim ini selepas berdepan laluan sukar di Litar Indianapolis yang penuh mencabar.

Zulfahmi yang mewakili Pasukan Air Asia-Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal apabila hampir terlibat dengan kemalangan akibat keadaan litar yang licin.

"Keadaan litar agak teruk. Ia berbonggol dan licin. Cengkaman tidak begitu kuat dan ramai pelumba yang terlibat dengan kemalangan. Saya nyaris mengalami nasib yang sama tetapi Alhamdulillah, ia tidak berlaku," kata pelumba berusia 18 tahun itu.

Perlumbaan hujung minggu itu tidak menyebelahi nasib Zulfahmi memandangkan jenteranya mengalami beberapa masalah teknikal, Jumaat lalu.

"Ketika perlumbaan, saya cuba untuk melakukan tunggangan terbaik kerana saya bermula jauh di belakang. Saya berjaya memintas dua atau tiga pelumba tetapi cubaan seterusnya gagal kerana saya nyaris kemalangan.

"Saya berasa kecewa kerana pasukan sudah bekerja keras. Ia bukan kemahuan saya untuk menamatkan perlumbaan seperti ini. Namun saya yakin, tunggangan saya akan menjadi lebih baik di Litar Misano," jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Razlan Razali memberitahu bukan hanya Zulfahmi seorang yang berdepan masalah di litar.

"Ramai pelumba lain termasuk pelumba terkenal seperti Marc Marquez dan Bradley Smith terlibat dengan kemalangan ketika perlumbaan.

"Zulfahmi berjaya memperbaiki kedudukan ke-19 berbanding tempat ke-23 di permulaan grid apabila dia terpaksa menarik diri pada perlumbaan itu," ujarnya.

Katanya, pelumba dari Banting, Selangor itu memerlukan pengalaman dan bergantung kepada nasib menjelang perlumbaan di Grand Prix San Marino minggu ini.

Pengarah Teknikal Pasukan Air Asia-Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Alessandro Tognelli memberitahu litar berbonggol seperti itu memberi masalah tambahan kepada Zulfahmi.

"Saya memahami situasi itu dan tidak bimbang. Kami akan menyaksikan kebangkitannya semula di Misano," katanya.

Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Sri Dr Tony Fernandes mengakui perlumbaan di litar Indianapolis sentiasa menjanjikan pelbagai rintangan.

"Namun ia memberi pengalaman berguna dan membantunya menyediakan input lebih baik untuk jenteranya pada perlumbaan akan datang. Dia tidak patut berasa kecewa kerana gagal menamatkan perlumbaan memandangkan dia sudah cuba melakukan yang terbaik. Saya mengucapkan semoga berjaya kepadanya pada perlumbaan di San Marino," jelasnya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan