Zulfahmi Kutip Satu Lagi Mata Di Litar Brno

Diterbitkan: Ahad, 15 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BRNO CIRCUIT, REPUBLIK CZECH: Keadaan cuaca buruk di Litar Brno sedikit sebanyak memberi cabaran kepada pelumba MotoGP termasuk pelumba tanah air yang bersaing bagi kategori 125cc, Mohd Zulfahmi Khairuddin.

Namun, ia tidak sesekali menjejaskan fokus Zulfahmi untuk meraih satu lagi mata memandangkan dia berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 dengan catatan 44 minit 44.793 saat.

Pada Sabtu lalu, sesi latihan bebas pada Grand Prix Republik Czech terpaksa ditangguhkan selama 30 minit ekoran cuaca buruk.

Pada pusingan kelayakan, pelumba AirAsia-Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu menduduki tempat ke-23 kerana terlalu berhati-hati dalam menyesuaikan diri dengan perlumbaan di litar basah dan licin.

"Keadaan trek tidak berubah pada perlumbaan hari ini (Ahad) sehingga menyebabkan pelumba terpaksa menyesuaikan tunggangan mereka dengan tayar basah.

"Saya perlu lebih berhati-hati hari ini. Saya amat berterima kasih kepada pasukan kerana menyediakan jentera yang menakjubkan untuk saingan ini," kata Zulfahmi.

Anak kelahiran Banting, Selangor itu turut menyuarakan rasa gembira kerana berupaya menamatkan perlumbaan dalam kelompok 20 terbaik dan mengutip satu lagi mata.

"Ketika pusingan kelayakan pada Sabtu, saya sudah cuba melakukan yang terbaik tetapi berdepan masalah suspensi. Namun ia berjaya diselesaikan dan saya berbangga kerana dapat melayakkan diri dalam perlumbaan itu," tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Razlan Razali berkata, dia amat berbangga dengan persembahan Zulfahmi di Litar Brno, Ahad.

"Walaupun keadaan litar agak licin, dia berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15 dan mengumpul satu mata dalam kejuaraan dunia.

"Saya amat kagum dengan kecemerlangannya. Ia membuktikan dia semakin meningkat dalam setiap perlumbaan dan sudah mula belajar menyesuaikan diri untuk menangani tekanan," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan