Tunku Hammam Ungguli MMER Kali Kedua

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jentera Lamborghini LP560 milik pasukan Arrows Racing yang dipandu Tunku Hammam Tunku Sulong, Christopher Haase dan Peter Kox menjuarai Merdeka Millennium Endurance Race (MMER) 2010 di Sepang pada Ahad.
Jentera Lamborghini LP560 milik pasukan Arrows Racing yang dipandu Tunku Hammam Tunku Sulong, Christopher Haase dan Peter Kox menjuarai Merdeka Millennium Endurance Race (MMER) 2010 di Sepang pada Ahad.

SEPANG: Tunku Hammam Tunku Sulong dari pasukan Arrows Racing berjaya mengungguli Merdeka Millennium Endurance Race (MMER) buat kali kedua mengatasi pasukan pilihan, Audi Works di Litar Sepang Antarabangsa (SIC) Ahad.

Bersama dua lagi pemandu berpengalaman iaitu bekas jaguh European GT3, Christopher Haase dan pemandu terbaik Belanda, Peter Kox yang memacu Lamborghini LP560, mereka menamatkan perlumbaan lasak 12 jam yang bermula awal pagi Ahad tanpa sebarang masalah.

Arrows Racing bermula di petak kedua dan mula mengatasi pasukan Porsche Club Singapore Racing (PCSR) yang memulakan perlumbaan di petak pertama selepas tiga jam perlumbaan.

Trofi kejuaraan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Razlan Razali.

Pasukan Audi yang membariskan pemandu berpengalaman iaitu pemenang-pemenang LeMans, Frank Biela dan Marco Werner serta pemandu Kejohanan World Touring Car, Daryl O’Young - terpaksa berpuas hati di tempat kedua namun berazam untuk kembali tahun depan bagi merampas kejuaraan.

“Kali ini sememangnya lebih sukar dari yang pertama. Saya gembira dapat memenanginya sekali lagi," kata Tunku Hammam yang menjuarai kejohanan itu pertama kali pada MMER 2002 bersama Tommy Lee dan Briton Nigel Albon melalui pasukan Naza-Jaseri Racing.

Arrows Racing berjaya menamatkan sebanyak 315 pusingan mengatasi pasukan Audi sebanyak satu pusingan. Pasukan itu memecahkan rekod dengan 308 pusingan di trek sepanjang 5.543 kilometer itu yang dipegang PCSR pada tahun 2008 yang menampilkan O’Young, Mok Weng Sun dan Nicolas Davison sebagai pemandu.

Bagi Mok, kejohanan kali ini amat mengecewakan apabila jentera Porsche RSR – yang merupakan terpantas sepanjang perlumbaan - berdepan dengan masalah mekanikal. Mereka yang turut diertai juara Piala Porsche Carrera Australia, Craig Baird dan Richard Lietz dari Austria terpaksa menarik diri pada pusingan ke-110.

Mereka bermula di petak paling hadapan dan berjaya memisahkan jentera dari pesaing-pesaing lain sebelum RSR mereka menghadapi masalah selepas 109 pusingan. Sementara pasukan Kencana Racing yang bermula baik di petak ketiga juga terpaksa menarik diri kerana menghadapai masalah sama seperti jentera Porsche.

Kata Tunku Hammam: “Pasti lebih sukar jika Mok masih dalam saingan. Mereka memiliki kereta yang pantas. Tetapi perlumbaan ini bukan kerana laju atau tidak tetapi ia adalah pertarungan ketahanan.

“Saya tak pasti sama ada akan mewakili pasukan yang sama tahun depan tetapi yang pasti sya akan kembali. Harapnya dengan dua teman saya ini dengan jentera yang lebih baik atau kita boleh gunakan kereta yang sama," ujarnya.

Mengenai tayar Pirelli, Kox berkata: “Kami dapati prestasinya baik dan sesuai dengan jentera kami.”

Kenyataan itu disokong Haase yang berpendapat tayar itu sangat stabil dan mampu mengambil selekoh dengan kelajuan tinggi tanpa sebarang masalah.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan