Hafizh Raih Kejuaraan Sulung

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA muda berusia 16 tahun, Hafizh Syahrin Abdullah (gambar) membuktikan bahawa usia muda dan kekurangan pengalaman bukan halangan untuk memenangi saingan kompetitif kategori CP130.

Beliau akhirnya memenangi podium juara sulung musim ini pada Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Teluk Intan, Perak, Ahad.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline itu mempamerkan aksi memukau sepanjang cabaran 15 pusingan apabila melintasi garisan penamat dengan masa 14:42.078 saat.

Hafizh berkelebihan tipis 1.365 saat di depan pencabar utamanya, Abdul Muhaimin Roslan (Shell Advance Yamaha Maju) yang menamatkan saingan dengan masa 14:43.443 saat.

Sementara itu, pelumba Harian Metro SCK Honda Racing, Norizman Ismail hanya menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 14:50.801 saat.

Hafizh yang berada di petak hadapan mendahului sebaik saingan bermula namun dia menerima tentangan hingga sukar mengekalkan kedudukan selaku pendahulu selepas Muhaimin sentiasa mengasak sejak dari awal perlumbaan.

Saingan tambah sengit apabila kedua-dua saling pintas-memintas antara satu sama lain bermula dari Muhaimin yang mengambil alih kedudukan pendahulu sebelum Hafizh kembali merebut kedudukan pendahulu saingan dari Muhaimin.

“Sekalipun kami berdua mempunyai jentera yang cukup kompetitif namun ia tidak begitu sukar bagi saya kerana saya tahu kelemahan Muhaimin .Bukan itu sahaja, saya merasakan kelebihan saya adalah kekuatan psikologi yang kuat berbanding Muhaimin," kata Hafizh.

Hafizh, juara Novis 2009 turut menambah kemenangan ini banyak dibantu oleh mekanik, dorongan keluarga, sokongan pengurus pasukan (Barry Leong) dan juga penaja yang membantu atas kejayaannya di Teluk Intan ini.

“Ini adalah kemenangan yang cukup manis buat saya bagi menebus kesilapan saya pada perlumbaan di Kuala Terengganu selepas hanya menamatkan saingan di tempat keempat sebaik bermula dipetak belakang ekoran kesilapan 'jumpstart' ketika saringan.

“Saya juga cukup puas dan berharap momentum kemenangan ini dapat diteruskan pada perlumbaan di Melaka pada September depan,” tambah Hafizh.

Kemenangan ini membolehkan Hafizh melonjak dari kedudukan tangga keenam ke tangga keempat keseluruhan dengan 78 mata.

Sementara itu, rakan sepasukan Muhaimin, Ahmad Fazli Sham yang menamatkan cabaran di tempat keempat masih mengekalkan kedudukan selaku pendahulu keseluruhan dengan 114 mata sementara Norizman naik ke tangga kedua dengan 94 mata.

Ahmad Fuad Baharudin (PETRONAS Sprinta Yamaha AHM) pula berada di tempat ketiga dengan 90 mata.

Dalam Anugerah Berpasukan, PETRONAS Sprinta Yamaha AHM kekal di tangga teratas kedudukan dengan 157 mata diikuti pasukan Shell Advance Yamaha Maju Motor dan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline yang menduduki tangga kedua dan ketiga dengan masing-masing mengumpul 149 mata dan 133 mata selepas berakhir perlumbaan ini.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan