Saingan Lebih Sengit Menjelang Kemuncak PFX Di MMER

Diterbitkan: Rabu, 4 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penentuan juara perlumbaan PFX 2010 akan diketahui hujung minggu ini.
Penentuan juara perlumbaan PFX 2010 akan diketahui hujung minggu ini.

PEMINAT sukan pemotoran akan berpeluang menyaksikan pelumba harapan negara pada masa depan menjelang Perlumbaan Merdeka Millennium Endurance (MMER) yang akan berlangsung hujung minggu ini ketika pemandu Formula 1 di PETRONAS Formula Xperience (PFX) berentap untuk saingan kemuncak.

Diserapkan sebagai perlumbaan sokongan untuk MMER, kelas PFX 2010 mengharungi saingan pusingan pertama dalam Siri Super Malaysia (MSS), hujung minggu lalu.

Saingan pada Ahad lalu menyaksikan Muhammad Hiqmar Danial Hidzir mempamerkan aksi mantap apabila memenangi Perlumbaan 2 selepas sekadar menduduki tempat kedua dalam Perlumbaan 1.

Walaupun dia berbangga untuk mendahului kedudukan kejuaraan, Hiqmar percaya saingan akan menjadi lebih sengit dalam MMER terutamanya dari juara Perlumbaan 1, Tan Wei Ron.

"Saya gembira dapat mendahului senarai kejuaraan. Saya berharap untuk memenangi dua perlumbaan akan datang dalam MME dan dipilih beraksi untuk Mofaz Racing dalam Formula BMW Sauber, musim depan.

"MMER merupakan peluang terbaik untuk membuktikan kemampuan saya. Terdapat lebih ramai pelumba hebat dari luar negara, jadi saya mahu mencipta kejutan di litar ini," katanya.

Mesikpun kurang bernasib baik pada Perlumbaan 2, Tan Wei Ron beraksi cemerlang pada saingan pembukaan. Masalah tayar yang dialaminya berjaya diatasi dan dia tetap meneruskan perlumbaan sehingga ke garisan penamat.

"Saya bermula dengan baik tetapi selepas beberapa pusingan, tayar jentera saya hilang cengkaman. Saya hanya fokus terhadap baki pusingan yang perlu diharungi dan berjaya menamatkan perlumbaan," katanya.

Sementara itu, Jamal Arif Jamaludin yang menduduki tempat ketiga dalam Perlumbaan 1 dan 2, mengintai peluang untuk menyinar dalam MMER, hunjung minggu ini.

"Saya akan memberikan komitmen 200 peratus dan berusaha keras untuk menguji tahap keupayaan saya," jelasnya.

Selain PFX dan perlumbaan 12 jam tanpa henti itu, peminat juga berpeluang menonton perlumbaan Siri Kereta Klasik.

The Petronas Formula Xperience (PFX) Racing School Series diadakan bertujuan untuk mendedahkan bakat pelumba muda ini ke perlumbaan bertaraf profesional.

Diadaptasi menerusi Program Pendidikan dan Kejurulatihan Formula BMW di Eropah, The PFX Racing School Series merupakan platform untuk merapatkan jurang karting dengan perlumbaan formula open wheel single-seater.

Program itu diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelumba muda berusia antara 15 hingga 18 tahun dengan perlumbaan formula single-seater ketika melonjak karier dalam sukan pemotoran.

Antara pelumba muda yang mengambil bahagian dalam Petronas Formula Xperience tahun ini adalah Nik Azri Syazmi Nik Hamdan, Siti Shahkirah Shaharul, Jazlee Irfan Syah Jul Fazlee, Freddie Ang Ding Yu dan Ahmad Yazid Bajenid Mohamed Tawfeek.

Beberapa graduan PFX sudah beraksi bersama Mofaz Racing dalam Formula BMW Pacific manakala yang lain turut berentap dalam Siri Super Taikyu di Jepun.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan