Webber Manfaat Nasib Malang Hamilton

Diterbitkan: Isnin, 2 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Webber kembali menguasai senarai kedudukan pemandu secara keseluruhan.
Webber kembali menguasai senarai kedudukan pemandu secara keseluruhan.

PEMANDU pasukan Red Bull, Mark Webber merampas gelaran selaku pendahulu pemandu kejuaraan Formula 1 daripada Lewis Hamilton, Ahad lalu selepas memenangi Grand Prix Hungary.

Hamilton yang mewakili pasukan McLaren bagaimanapun terus dirundung malang apabila gagal menamatkan perlumbaan kerana masalah kotak gear dan terjunam ke tempat kedua secara keseluruhan dengan perbezaan empat mata.

Pemandu kelahiran Britain itu sentiasa mendahului senarai kedudukan pemandu sejak mengetepikan Webber di Kanada pada Jun lalu.

Sebastian Vettel yang bermula di petak pertama untuk kali ketujuh dalam 12 perlumbaan gagal memanfaat peluang kerana dikenakan penalti selepas gagal mematuhi arahan yang ditetapkan.

Pemandu berusia 23 tahun itu hanya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, ketinggalan di belakang pemandu Ferrari, Fernando Alonso.

Webber mengutip 161 mata manakala Hamilton, 157 diikuti Vettel dengan 151 mata dan juara dunia McLaren, Jenson Button, 147.

Kini, Alonso yang mengumpul 141 mata dengan baki tujuh perlumbaan masih ada peluang untuk merapatkan kedudukan.

"Ia hadiah terbesar buat saya. Namun Vettel gagal bertahan selaku pendahulu selepas melakukan kesilapan. Kadang kala dalam perlumbaan seperti ini, masalah seperti itu tetap berlaku," kata Webber.

Webber meraikan kemenangan keempatnya musim ini berbekalkan tujuh perlumbaan yang masih perlu diharungi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan