MTCC Kembali Gegar Litar Sepang

Diterbitkan: Sabtu, 26 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEJUARAAN Kereta Touring Malaysia (MTCC) akan membuka tirainya di Litar Sepang dalam Super Siri Malaysia (MSS) bermula hari ini dan esok.

Penganjuran itu akan membawa sukan berkenaan ke satu tahap baru melalui pengurusan yang lebih teratur untuk sebahagian segmen perlumbaan paling popular di dunia.

Terbuka kepada kereta di antara 1601cc dan 2000cc dan dipertandingkan dalam Kejuaraan Supersaloon sebelum ini, MTCC akan dianjurkan mengikut peraturan FIA untuk membenarkan setiap peserta mengetengahkan bakat masing-masing dalam perlumbaan bertaraf antarabangsa seperti MTCC.

"Saya lihat ia sebagai langkah besar dalam dunia pemotoran negara. Kini, setiap peserta boleh menggunakan kereta sama untuk bertanding dalam siri antarabangsa lain. Ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos dan menggalakkan penyertaan serta pembangunan dalam sukan itu," kata juara Supersaloon 2005, Eric Yeo.

Menurut Eric, sebelum ini Kejuaraan Supersaloon di MSS hanya menekankan kuasa enjin tetapi membenarkan beberapa pengubahsuaian ke atas kereta. Ia menjadikan perlumbaan itu ditentukan oleh sumber kewangan memandangkan kos semakin meningkat.

"Kini, peraturan pertandingan lebih jelas. Setiap kereta boleh bertanding dalam MTCC atau kategori Kumpulan N iaitu kereta berkuasa di antara 1601cc dan 2000cc di bawah Artikel 254 FIA. Kumpulan A mempertandingkan kereta di antara 1601cc dan 2000cc di bawah Artikel 255 FIA atau kereta touring tidak dihomologasi oleh FIA sehingga 2000cc di bawah Artikel FIA 277," jelasnya.

Eric memberitahu, masa dan kos adalah masalah utama untuk setiap pelumba. Tidak dinafikan peraturan baru itu mampu mengurangkan kos tetapi sukan pemotoran masih memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Selain pengenalan kepada MTCC, pusingan kedua Super Siri Malaysia akan menampilkan Kejuaraan GT Malaysia baru. Ia menggantikan Kejuaraan Supercar mirip Kejuaraan Supersaloon yang memperuntukkan peraturan yang lebih longgar dan pengubahsuaian meluas.

Di bawah Kejuaraan GT Malaysia, setiap kereta akan dikategorikan kepada dua kelas iaitu Kelas GT untuk GT2 dan GT3 mankala Sports Production Class untuk kereta GT4.

Pusingan kedua juga akan mempertandingkan Kejuaraan Supersixteen 1600cc (pusingan kedua ) dan Piala Bikerz sama seperti Pusingan Ketiga dan Keempat Kejuaraan Kereta touring Asia.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan