Zulfahmi Ingin Tebus Kekecewaan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zulfahmi belum mahu menyerah kalah.
Zulfahmi belum mahu menyerah kalah.

MESKIPUN terlibat dengan kemalangan pada saingan MotoGP Britian minggu lalu, pelumba pasukan AirAsia-SIC, Zulfahmi Khairuddin tidak mahu insiden itu menjejaskan impiannya.

Minggu lalu, pelumba berusia 18 tahun itu gagal menamatkan perlumbaan buat pertama kalinya di litar Silverstone kerana jenteranya mengalami kerosakan teknikal.

Akibatnya, dia terpaksa menarik diri ketika perlumbaan hanya lima pusingan untuk dilengkapkan.

Masalah teknikal pada jenteranya menghalang Zulfahmi untuk bermula dengan baik sehingga menyebabkan dia kemalangan ketika sesi latihan pertama.

"Saya amat kecewa. Namun saya menganggap ia sebagai cabaran dan tidak akan membiarkan mimpi ngeri itu menghantui fokus saya. Beraksi pada MotoGP adalah sesuatu yang saya nantikan sekian lama sejak pembabitan awal saya dalam sukan pemotoran. Saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk keluarga dan negara," katanya.

Pelumba 125cc itu menamatkan sesi latihan pertama dengan catatan 1'47.026 saat di Litar Van Drenthe, Belanda semalam.

Begitupun, dia berjaya memperbaiki catatan masanya pada sesi latihan kedua dengan melakukan 1'46.674 saat sekali gus menduduki tangga ke-22.

Persembahannya ketika sesi latihan itu membuktikan masalah teknikal yang dialami pelumba itu di Litar Silverstone sudah diselesaikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Razlan Razali berkata, objektif Fahmi berlumba buat pertama kalinya di litar itu adalah untuk memperbaiki catatan masanya dan menyifatkan meraih kedudukan terbaik pada pusingan kelayakan adalah satu bonus.

"Menjelang kemuncak perlumbaan, dia akan memperoleh pengalaman berlumba dalam lima pusingan MotoGP. Saya yakin dia akan menggunakan segala pengalaman untuk mempamerkan tunggangan menarik. Ia adalah tempoh pembelajaran untuknya tahun ini. Tahun depan dia akan memikul tanggungjawab lebih besar," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Datuk Sri Tony Fernandes memberitahu nasib tidak menyebelahi Zulfahmi kerana gagal menamatkan perlumbaan di Silverstone.

Zulfahmi sentiasa beraksi dengan baik sehingga dia terpaksa menarik diri akibat masalah teknikal.

"Saya yakin ia tidak menghalangnya untuk menjanjikan yang terbaik di Assen. Dia bangkit berdasarkan catatan masa yang dilakukannya pada sesi latihan pertama dan kedua. Saya mengucapkan selamat berjaya kepadanya dalam perlumbaan itu," ujar Tony.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan