Pasukan Jimgainer Raih Petak Pertama Kategori GT300

Diterbitkan: Sabtu, 19 Jun 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pasukan Jimgainer akan memulakan perlumbaan Siri Super GT Antarabangsa Malaysia pusingan keempat pada petak pertama esok selepas mengungguli sesi kelayakan kedua bagi kategori GT300 di Litar Antarbangsa Sepang, semalam.

Jentera Jimgainer Dixcel Dunlop F 430 yang dipandu Tetsuya Tanaka dan Katsuyuki Hiranaka menamatkan perlumbaan di litar sepanjang 5,543 meter dengan catatan 02:09.167 saat.

Walaupun gagal mencatat keputusan terbaik dalam tiga perlumbaan terawal, Tetsuya mengakui jentera dan tayar baru yang digunakan pada tahun ini memberi kelebihan kepada mereka untuk memberi tentangan sengit kepada lawan.

"Kami berupaya menyaingi lawan. Lebih mengejutkan, kami berjaya menepati sasaran meraih petak pertama untuk perlumbaan esok. Saya berjaya melakukan 11 superlap dan sesi warm up saya juga begitu bagus," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Walaupun melakukan catatan terpantas semalam, Tetsuya memberitahu masih banyak perkara yang perlu mereka tekankan pada perlumbaan esok.

"Terdapat beberapa jentera yang beraksi dengan cemerlang. Namun kami sudah dapat menyesuaikan diri dengan jentera dan tayar sejak perlumbaan di Litar Fuji, awal bulan lalu," tambahnya.

Menurut Hiranaka, walaupun dia hanya berpeluang memandu dalam tiga pusingan, dia tetap berpuas hati dengan prestasinya dan memuji usaha gigih Tetsuya yang mempamerkan pemanduan bertenaga sepanjang 11 pusingan.

"Kami akan melakukan yang terbaik esok. Saya mahu memastikan jentera berada pada kondisi terbaik sepanjang perlumbaan itu kelak. Saya percaya kami ada peluang cerah untuk muncul juara," katanya.

Sementara itu, tempat kedua menjadi milik pasukan Hasemi Motor Sport yang mengemudi jentera M7 Mutiata Motors Amemiya SGC 7. Mereka ketinggalan 0.324 saat di belakang Pasukan Jimgainer.

Pasukan Hankook KTR pula sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan catatan 02:09.711 saat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan