Schumacher Azam Duduki Podium Di Sepang - F1 dan Motor | mStar

Schumacher Azam Duduki Podium Di Sepang

Diterbitkan: Khamis, 1 April 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara Formula One (F1) tujuh kali, Michael Schumacher berazam untuk menaiki tangga podium di Kejohanan Grand Prix Malaysia di Litar Sepang hujung minggu ini.

Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Pusingan ketiga leg-19 Kejohanan Dunia Formua One FIA dari 2 hingga 4 April.

"Berkunjung ke Malaysia hujung minggu ini, kami tahu kami telah meningkat sejak kejohanan di Bahrain.

"Ia turut menyeronokkan semasa berlumba di Melbourne, walaupun hanya untuk memperolehi satu mata dan saya akan terus teruja untuk bertarung di Sepang," kata pelumba berusia 41 tahun itu kepada pemberita di sini semalam.

Schumacher menjuarai 91 perlumbaan sebelum ini dan akan berlumba bagi kali ke-252 di Sepang Ahad ini.

"Kami mahu menduduki tangga podium hujung minggu ini. Kami masih bertarung untuk mencapai azam itu dan kami masih mencuba. Terlalu awal untuk menentukan segalanya," katanya.

Schumacher berkata Grand Prix Malaysia merupakan kejohanan penting kerana rakan kongsi mereka adalah Petronas sendiri.

Beliau dan rakannya Nico Rosberg yang mewakili pasukan Mercedes GP Petronas F1 Team turut menunjukkan aksi memandu di jalan di Kuala Lumpur bersama jentera baru pasukan tersebut Silver Arrows, MGP W01. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan