Michael Schumacher Sertai Mercedes-Petronas Dengan Bayaran RM34.4 juta

Diterbitkan: Rabu, 23 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERLIN: Juara Formula 1 (F1) tujuh kali, Michael Schumacher telah menandatangani kontrak bersama pasukan baru Mercedes-Petronas GP bagi musim depan.

Menurut akhbar terkemuka Jerman, Bild, juara berusia 40 tahun itu yang sebelum ini mengondol kejuaraan F1 bersama pasukan Benetton dan Ferrari menandatangani kontrak setahun bersama pasukan barunya itu di Brackley, England.

Bild mendakwa, kontrak itu bernilai RM34.4 juta atau Euro7 juta.

Dengan perkembangan terbaru ini, pasukan Mercedes-Petronas GP akan dipandu oleh pelumba-pelumba Jerman buat pertama kalinya.

Seorang lagi pemandu Mercedes-Petronas ialah Nico Rosberg.

Mercedes yang baru menandatangani perjanjian penajaan bersama Petronas hujung minggu lalu telah mengambilalih kepentingan juara musim ini, Brawn GP.

Schumi yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 41 Januari ini telah bersara daripada perlumbaan aktif pada tahun 2006 selepas menjuarai gelaran ketujuhnya bersama Ferrari. Sejak itu Ferrari melantiknya atas kapasiti pakar runding F1.

Beliau hampir kembali menyertai Ferrari pada penghujung musim ini selepas Felipe Massa ditimpa kecederaan kepala.

Bagaimanapun hasratnya untuk kembali menyarung jaket Ferrari tidak kesampaian kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan leher akibat kemalangan motosikal beberapa bulan sebelum itu.

Namun begitu, keputusannya untuk kembali ke arena F1 akan menyaksikannya bersatu semula dengan Ross Brawn yang pernah membimbing Schumi menjadi juara.

Walaupun Mercedes telah mengambil alih kepentingan Brawn GP sepenuhnya tetapi mereka masih mengekalkan Ross Brawn sebagai ketua pasukan untuk musim akan datang.

Sebelum menyertai perlumbaan F1 bersama pasukan Jordan pada tahun 1991, Schumi adalah pelumba kereta sport bagi pasukan Mercedes.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan