Pasukan F1 Lotus Akan Namakan Pemandunya Pertengahan Bulan Ini

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pasukan F1 dari Malaysia, Lotus F1 Racing, dijangka akan mengumumkan nama tiga pemandunya secara rasmi pada pertengahan bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif pasukan, Riad Asmat berkata mereka kini di peringkat akhir perbincangan dengan pemandupemandu pilihan.

"Kami masih sedang berbincang dengan pemandupemandu utama.

"Saya tidak mahu dedahkan nama mereka, tunggu sahaja pengumumannya yang akan dibuat oleh prinsipal pasukan Datuk Seri Tony Fernandes dalam masa satu atau dua minggu lagi," katanya kepada pemberita pada Program Karting Talent Search Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) di sini hari ini.

Merujuk kepada perkembangan kereta pasukan itu beliau berkata, ia berjalan lancar mengikut jadual, dan kenderaan itu juga sudah lulus ujian pelanggaran mandatori FIA di United Kingdom.

"Kami jangka kereta itu akan siap sepenuhnya pertengahan Januari ini, dan menjelang pertengahan Februari pula pandu uji pertama dapat dijalankan.

Jadi kami sudah bersedia untuk perlumbaan pembukaan musim di Grand Prix Bahrain pada 1214 Mac ini," katanya.

Sukan Permotoran (Lotus F1) Kejohanan F1 FIA 2010 akan menyaksikan perlumbaan 19 pusingan di seluruh dunia, dan pasukan Lotus F1 Racing akan beraksi buat kali pertama di Litar Antarabangsa Sepang 24 April ini.

"Lotus F1 Racing adalah pasukan baru, dan objektif kami adalah untuk menjadi antara yang terbaik di kalangan pasukan-pasukan baru (seperti Campos, Team US F1 dan Manor) musim depan," kata Riad.

Lain-lain pasukan yang akan bersaing pada musim berikutnya ialah McLaren, Mercedes (Brawn), Red Bull, Ferrari, Renault, Force India, Toro Rosso, Williams, Virgin Racing dan Sauber. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan