MotoGP (125cc) : Elly, Mohd Zulfahmi masing-masing di tempat ke-16 dan ke-20

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Dua pelumba wildcard negara, Elly Idzlianizar Ilias dan Mohd Zulfahmi Khairuddin di dalam kelas 125cc nyata tidak mengecewakan ribuan peminat tempatan apabila masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 dan ke-20 pada perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2009 di Litar Sepang hari ini.

Elly yang bertindak selaku pelumba utama pasukan Air Asia Team Malaysia paling menyerlah apabila mencatatkan masa 43 minit 50.770 saat untuk berada di kedudukan ke-16 daripada 33 pelumba yang bersaing.

Malah pelumba kelahiran Kangar, Perlis yang bermula di barisan ketujuh, iaitu di petak ke-25 mempamerkan aksi dan tunggangan yang konsisten apabila mula membaiki kedudukannya bermula pusingan pertama lagi.

Berbekalkan dengan pengalaman yang dikutip selama dua hari sesi latihan dan kelayakan, beliau akhirnya berjaya menduduki tempat ke-16 pada pusingan ke18 daripada keseluruhan 19 pusingan yang dilangsungkan.

Sementara Zulfahmi pula yang bermula dipetak ke30 (barisan kelapan) nyata tidak gugup apabila mencatatkan masa 44:49.695s untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20.

Mengulas mengenai perlumbaan itu, Elly berkata beliau bermula dengan perasaan tenang berbanding dua hari sebelum ini semasa sesi latihan bebas dan pusingan kelayakan.

"Saya bermula baik dengan dengan cuba mengikut rentak pelumbapelumba lain pada lima pusingan awal dan mengkaji cara untuk berlumba dengan mereka.

"Selepas itu, saya berjaya memintas tiga atau empat pelumba di hadapan bagi membaiki kedudukan secara keseluruhan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghabiskan perlumbaan sebanyak 19 pusingan itu.

Pelumba berusia 25 tahun itu berkata setelah mengharungi perlumbaan hari ini beliau yakin telah bersedia sepenuhnya untuk mengharungi perlumbaan untuk satu musim, sepertimana jurulatihnya Shahrul Yuzy Ahmad Zaini yang telah berlumba sebanyak tiga musim bermula tahun 2000 di dalam kelas 250cc.

"Perlumbaan ini banyak mengajar saya dari segi pengalaman kerana perlumbaan Kejohanan Cup Prix Malaysia adalah berbeza sama sekali terutamanya dari segi strategi, perasaan dan sebagainya," katanya.

Pelumba yang menggunakan jentEra Aprilia RSW 125 itu turut berharap program seperti ini dapat diteruskan dan menurutnya mungkin satu hari nanti juara dunia MotoGP akan lahir daripada Malaysia.

Ekoran sekadar menduduki tempat ke16, impian Elly untuk meraih satu mata musnah kerana beliau perlu sekurang-kurangnya menduduki tempat ke-15, namun ia sudah cukup untuk menyamai pencapaian Soong Chee Kieong pada 1995 ketika perlumbaan diadakan di Litar Batu Tiga, Shah Alam.

Elly juga boleh berbangga apabila berjaya mencatatkan masa terpantas 2:16.783s sepanjang tiga hari menggunakan jentera yang disediakan oleh pasukan dari Itali, Ongetta Team I.S.P.A. pada pusingan keenam.

Sementara itu, dua pelumba Bancaja Aspar Team 125cc iaitu Julion Simon dan Bradley Smith berjaya menguasai perlumbaan kelas 125cc apabila menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua.

Pelumba dari Sepanyol, Simon yang mengesahkan kejuaraan di kelas 125cc pada GP Australia minggu lepas mengungguli perlumbaan sejak dari awal lagi dengan mencatatkan 42:50.916s.

Kejayaan Smith menamatkan perlumbaan di tempat kedua pula menyaksikan pelumba itu mengesahkan kedudukan tempat kedua secara keseluruhan dengan 204 mata, walaupun masih berbaki satu lagi perlumbaan musim ini di Velencia, Sepanyol. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan