Aoyama berjaya rebut petak pertama Moto GP 2500cc esok - F1 dan Motor | mStar

Aoyama berjaya rebut petak pertama Moto GP 2500cc esok

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Hiroshi Aoyama dari Scot Racing Team 250cc berjaya merebut petak pertama perlumbaan Shell Advance Grand Prix Malaysia 2009 untuk kelas 250cc, esok.

Beliau yang menunggang motosikal Honda mencatatkan kepantasan dua minit 6.767s dalam pusingan kelayakan hari ini, meninggalkan penunggang dari Matteoni Racing, Jules Cluzel, 0.332s di belakangnya.

Sementara itu Mike di Meglio dari Mapfre Aspar Team 250cc yang mencatatkan kepantasan 2:07.232s menduduki tempat ketiga.

Terdahulu dalam kelas 125cc, penunggang Red Bull KTM Moto Sports, Marc Marquez menempah petak pertama dalam perlumbaan esok selepas mencatatkan kepantasan 2:13.756s, manakala juara dunia 125cc semasa, Julian Simon, berada di petak kedua dengan catatan kepantasan 2:13.811s.

Rakan sepasukan Simon, Bradley Smith, akan menyertainya di barisan hadapan perlumbaan esok selepas mencatatkan kepantasan 2:14.209s untuk menduduki tempat ketiga pusingan kelayakan hari ini. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan