Hampir 10 peratus dalam pasukan sokongan teknikal Tim 1Malaysia F1 warga Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 15 hingga 20 warga Malaysia akan menyertai pasukan teknikal perintis Tim 1MalaysiaLotus F1 yang akan melakukan kemunculan sulung tahun depan.

Bilangan ini akan bertambah dalam masa dua tahun, kata ketua pasukan Mike Gascoyne.

Gascoyne berkata tim tersebut berhasrat muncul sebagai yang terbaik dari kalangan empat pendatang baru kelak.

"Tim baru itu akan mempunyai kekuatan 220 juruteknik yang akan berpangkalan di United Kingdom. Melihat pada keadaan, kami menjangka akan mengambil sekitar 15 hingga 20 warga Malaysia," kata Gascoyne yang menginterbiu calon-calon di sini minggu ini.

"Kami mahukan prestasi terbaik, oleh kerana kami baru saja membentuk pasukan ini dan F1 adalah perlumbaan yang amat kompetitif. Pada masa depan, saya harap pasukan teknikal akan terdiri daripada 100 peratus warga Malaysia," katanya.

Gascoyne kelahiran Norfolk, antara juruteknik Formula One paling terkenal dalam bidang aerodinamik, telah bertugas dengan beberapa tim Grand prix termasuk McLaren, Sauber, Jordan, Toyota, Spyker dan tahun lepas, bersama Force India.

Dengan hanya tinggal lima bulan lagi sebelum bermula musim baru, Gascoyne berkata: "Kami melangkah maju dalam cara yang terhad. Kami kini mempunyai 30 pereka bentuk yang mengusahakan rekabentuk kereta".

Kereta berkenaan sedang dibina di kilang Norfolk yang akan dijadikan pangkalan Eropah bagi pasukan itu dengan fasiliti seperti terowong udara, jabatan penyelidikan dan pembangunan, dan pengeluaran alat-alat ganti.

Enjin Cosworth bagi kereta lumba telah menjalani empat ujian selepas tidak dapat menyertai perlumbaan F1 sejak 2006.

Gascoyne berkata bajet permulaan untuk bergerak ialah antara RM65 juta hingga RM100 juta sementara kos keseluruhannya bagi setiap musim dianggarkan RM300 juta.

Tim 1MsiaLotus F1 dijadual melakukan kemunculan sulung pada pembukaan musim di Bahrain pada 14 Mac dan kembali ke sirkit tanah air pada 4 April untuk menyertai Malaysian Grand Prix, ketiga dalam siri 19 kejohanan dunia.

Tim itu disenaraikan bagi musim 2010 selepas penarikan diri dari tim BMW Sauber. Tiga tim lain ialah Campos Meta (Sepanyol), Manor F1 Team (United Kingdom) dan Team US F1 (Amerika Syarikat).

Gascoyne berharap nama-nama pemandu akan diumumkan bulan depan.

Semalam, ketua tim Datuk Seri Tony Fernandes memberitahu Bernama bahawa enam pemandu telah disenaraipendek dan Fairuz Fauzy adalah satu-satunya pemandu Malaysia dalam senarai itu.

Fauzy, 27, kini menyertai perlumbaan dalam Siri Dunia oleh Renault dan juga di GP2 dan berlumba bagi pihak A1 Team Malaysia. Beliau adalah juga pemandu simpanan dan ujian bagi pasukan Spyker F1.

Gascoyne menyampaikan ceramah mengenai aerodinamik kereta kepada pelajar-pelajar kejuruteraan mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Semarak di sini hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan